Bab 4.

75 15 0
                                    

Puan Jihyo meluru ke arah Jieun. "Congrats anak mommy! Dapat tawaran di university of hanyang!" Puan Jihyo terus memeluk Jieun dengan erat. "Betul ke mommy?" Jieun tiba-tiba bersuara. Puan Jihyo mengangguk lalu menunjukkan surat tawaran ke Jieun. Pasti Jieun gembira kerana itu lah universiti yang paling Jieun inginkan dari dulu. Rankingnya tempat ke-2 di Korea selepas Seoul National University. Jieun meneliti surat itu dengan ekspresi yang gembira. Puan Jihyo berasa teramat gembira. Sudah lama dia tidak nampak senyuman Jieun. "Macam mana? Okay tak?" soal Puan Jihyo walaupun dia sudah tahu jawapan Jieun. Tak mungkin dia akan menolak. "Mestilah okay mommy! Jieun suka!" Jieun menjadi girang. Mereka terus membincangkan hal-hal universiti. Jieun menyatakan hasratnya untuk duduk di asrama kerana mudah tidak perlu berulang alik dari rumah ke universiti namun ditentang oleh ibunya. "Ala mommy please." "No, cannot! Jieun, you know you're sick right?" Tegang mata puan Jihyo. Dia tidak mahu membangkitkan isu itu tetapi itu sahaja lah yang boleh membuatkan keputusan Jieun berubah namun anggapannya salah sama sekali! "Mommy, Jieun sedar Jieun ada kanser dan perlukan rehat dan jagaan yang secukupnya. Jieun janji Jieun akan jaga diri dekat sana. I'm promise." Bersungguh-sungguh Jieun menyatakan hasratnya untuk duduk di asrama universitinya. "Jieun, listen-" belum sempat puan Jihyo membalas Jieun mencelah. "Mommy, Jieun dah besar. Dah 22 tahun dah pun. Takkan Jieun nak tolak tawaran ni lagi? Dah 12 tawaran Jieun tolak sebab mommy risau. Takkan yang ni pun Jieun kena tolak?" Matanya mula berkaca-kaca. "I'm sorry tapi Jieun taknak mengalah dalam hal ni lagi. I'm so done." Ujar Jieun lalu masuk ke biliknya. Bertekak dengan ibunya pada malam-malam buta tiada guna jika akhirnya dia yang kalah. Sampai bila dia hendak duduk di rumah sahaja? Dia jeles tengok rakan-rakannya yang sudah mula bercerita tentang kehidupan di universiti. Walaupun dia mempunyai kanser, tidak semestinya dia tidak boleh ke universiti. Jieun pergi ke berandar biliknya. Angin malam itu sepoi-sepoi bahasa. Dia merasa bersalah kerana tidak mendengar cakap ibunya namun hatinya kuat hendak duduk di asrama. Susah sangat kah? Esok sahaja lah dia meminta maaf kepada ibunya.

Beware || Completed ✔Where stories live. Discover now