Seojun POV ;
"Hoi, berangan apa kau?" Soal roommate aku.
"Takde ape. Sibuk lah kau ni." balas aku buat-2 marah.
"Takde ape konon. Punya lah lebar senyuman kau tadi. Fikir awek ehhh? Lawa tak weh?"
Aku menjulingkan mata. Mamat sebelah ni dia memang pakar bab-bab ni. Haih. Aku buat-2 tak dengar soalan tadi.
"Eleh kau ni. Pasal ni pun nak berahsia."
Dia ni desak pulak dah.
"Aku cuma.. terfikirkan."
Hm, perlu ke aku bagitahu? Eh tak payah lah. Nanti tak pepasal tersebar.
"Tengok tu, berangan lagi."
"Apa dia?"
"Kau suka siapa ni?"
Ha sudah. Macam faham-2 je dia ni.
"Takde sape lah. Dahlah pegi lah tempat lain. Mandi ke ape. Busuk lah kau ni."
Aku main-2 je. Padahal nak elak dari soalan-2 merapu dia.
"Banyak kau punya busuk. Cepatlah, siapa?"
Aku menjulingkan mata sekali lagi. Haih, malas betul lah nak melayan mamat sorang ni. Dia seperti biasa mendesak aku manakala aku hanya buat derk je. Lantak kau.
"Woi, apa bising-2 ni? Sampai bilik sebelah dengar suara korang tau."
Ha sudah, evil sudah masuk. Mati la nak. Kitorg berdua tersengih seperti kerang busuk. Mana ada bising! Menipu je lebih. Tapi mana boleh melawan. Big boss ni! Entah macam mana boleh sesat pulak sebilik dengan kitorg. Kacau betul.
"Seojun.. kau baik handsome pandai. Cepatlah siapa weh."
Aku menepuk dahi. Tak habis lagi rupanya dia ni. Aku terus baring dan menarik selimut ke kepala.
Apa lagi, dia pun membebel lah. Nama je lelaki, tapi bebel kalah perempuan. Aku menekup telinga dengan bantal. Padahal dia boleh je tarik selimut aku atau geletek aku. Ape lah. 35 minit, ulang 35 minit aku kena dengar dia berleter. Kan aku dah cakap kalah perempuan. Tu pun diam sebab big boss dah sound asyik bunyi je dari tadi. Nasib kau lah Taejun. Siapa suruh bebel banyak sangat.
Well, Taejun merupakan rakan gay aku eh silap bestfriend paling raaaapat sekali dalam dunia ni. Takde sape boleh kalahkan dia. Alhamdulillah dapat universiti dan bilik yang sama pulak tu pergh boekk punya. Kitorang menjadi kawan lepas dia dan aku kena denda sebab membuli budak-2 jr. Well, kitorang ni gangster lain macam punya. Namun lepas dah beberapa lama tu kitorang insaf. So, beware with us hohoho.
YOU ARE READING
Beware || Completed ✔
ParanormalKehidupan sebagai seorang pelajar universiti, membuatkan Jieun memilih untuk duduk di asrama. Walaupun ibunya menentang kerana risau, Jieun nekad dengan pilihannya. Pelbagai perkara pelik berlaku sepanjang Jieun berada di universiti. Dengan mendapa...