Jieun POV ;
Kali ini dah masuk 16 kali aku menguap. Mengantuknya woii! Jerit aku dalam hati. Sabar weh, lagi 4 chapter je. Pujuk aku kepada fikiran aku. Bukannya ada homework kena hafal ke apa cuma memang tabiat aku baca dulu sebelum belajar. Huarggh. 17 kali. Aku meletakkan pen dan menggeliat. Cawan yang berisi kopi aku ambil dan minum. Tidak berhasil. Aku menoleh ke jam. 3:30am. Patutlah penat sangat! Aku mengalah. Esok jelah sambung. Aku mengemas barang-2 yang bersepah di atas meja. Mataku berpinar. Tanpa ku sedar, aku tertidur di atas meja belajar akibat kepenatan yang melampau.
Aku terjaga dari tidur apabila cahaya matahari sudah terang dan menyakitkan mataku. Aku tidak tutup langsir bilik malam tadi. Haiyoo, apa nak jadi lah kau ni Jieun. Aku bangun dengan lemah. Tak cukup tidur katakan. Sabar jelah. 9:40am. Terbungkam mata aku tengok jam. Kelas aku dah mula! Omg omg omg apa aku nak buat niii. Aku menghentakkan kepala di meja. Ting. Ada satu pesanan dari telefon aku. Rupanya bukan 1 je 10 woi. Semuanya dari Seojun. Apa lah yang dia nak ni.
"Good morning awak :) dah bangun ke belum?" -7:40am
"Awak, jangan lupa sarapan dulu." -8:00am
"Dah mandi ke belum ni? Awak takyah pakai lawa-2 nanti ramai pulak kerumun. Biar saya je boleh tengok kecantikan awak." -8:05am
"Hihi saya gurau je. Jangan amek port tau." -8:07am
"Awak, mana awak? Awak dah bangun kan?" -8:10am
"Jieun~~ balas lah. Awak tak suka saya cheesy eh? Okay maaf awak." -8:12am
"Jieun, where are youu? Saya dah bersiap ni. Nanti kita jumpa dekat kuliah ye." -8:26am
"Jieun, awak tak sihat ke? Mana awak? Prof dah nak masuk ni." -8:50am
"Jieun, awak demam ke? Jangan lupa makan ubat." -8:55am
"Jangan risau, saya tick kan awak hadir. Saya tahu awak tak sengaja datang lambat. Take care. Anything bagitahu saya ye." -9:10am
Jieun menghembus nafas lega. Nasib baikkk. Dia terus bangun dan bersiap. Kesian Seojun tidak mendapat satu pun balasan darinya.
YOU ARE READING
Beware || Completed ✔
ParanormalKehidupan sebagai seorang pelajar universiti, membuatkan Jieun memilih untuk duduk di asrama. Walaupun ibunya menentang kerana risau, Jieun nekad dengan pilihannya. Pelbagai perkara pelik berlaku sepanjang Jieun berada di universiti. Dengan mendapa...