Bab 12.

56 14 0
                                    

Jieun mencampakkan begnya di katil. Dia duduk di tengah-2 katil. Hatinya gusar. Teringat kata-2 Seojun tadi semasa mereka sedang makan.
"Jieun, boleh tolong tak?"
"Tolong ape?"
"Tolong, saya merayu supaya awak hindarkan diri dari Kai."
"Tapi kenapa?"
Belum sempat Seojun menjawab, ada orang menghentakkan tangan di meja sebelah. Dia menoleh. Kai! Dia mula berpeluh. Alamak aii, sibuk betul lah Kai ni. Kai kelihatan tenang.
Jieun menoleh ke meja sebelah setelah melihat perubahan muka Seojun. Lah Kai rupanya. Bagai faham akan ketidakselesaan Seojun, Jieun terus bersuara, "Jom lah awak, lama pulak kita duduk dekat sini. Nanti kena halau pulak hehe." Jieun terus menarik tangan Seojun tanpa menghiraukan pandangan Kai. Setelah keluar sahaja dari cafeteria, Jieun melepaskan tangan Seojun. "Kenapa-" belum sempat Seojun habiskan ayatnya, Jieun menjawab "Maaf. Saya taktau apa yang jadi dengan saya. Saya cuma teringatkan arwah abang saya. Entah lah, bila berada dengan awak saya berasa selamat. Mungkin Tuhan hantar awak untuk gantikan arwah. Maafkan saya sebab keterlaluan." luah Jieun dengan sekali nafas. Dia hanya menunduk ke bawah. Seojun memegang dagu Jieun dan mengangkat kepalanya. Di tangannya ada titisan jernih terjatuh. "Saya bersimpati." itu sahaja Seojun mampu menjawab lalu mengesat air mata Jieun. Dia mana lah reti memujuk. "Terima kasih." ujar Jieun. "Takde hal. Kalau awak ada apa-2 bagitahu lah saya. Saya tolong mana saya mampu. Janji tau!"
Jieun mengangguk dengan laju. Seojun sungguh baik orangnya.
"Jom lah saya teman awak balik ke bilik."
"Okay."
Mereka pun berjalan bersama sambil bergelak ketawa.
Jieun tersedar dari lamunan. Tidak sedar yang dia sedang tersenyum sendirian seperti orang gila. Dia menggelengkan kepalanya. Apelah kau ni Jieun. "Takkan lah nak suka pulak. Ergh tak main lah cinta-2 dekat U ni. Ah, biarlah." ujar Jieun lalu membuka beg ubatnya. Dia segera memakan ubatnya kemudian merasakan dadanya. Dia memejam matanya. Macam mana lah dia hendak memberitahu Seojun perkara sebenar yang dia mempunyai kanser. Mungkin lain kali.

Beware || Completed ✔Where stories live. Discover now