Bab 6.

66 10 0
                                    

Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Jieun berasa sungguh semangat harini. Puan Jihyo pula sebaliknya. Walaupun dia merestui pendapat Jieun, namun hatinya berasa tidak tenteram. Dia berasakan akan ada sesuatu yang berlaku kepada anaknya. "Cepatlah mommy, Jieun dah tak sabar ni." jerit Jieun dari bawah. Puan Jihyo mengeluh. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia menghalang Jieun namun semuanya sudah terlambat. Apa-apa jelah asalkan Jieun gembira. Semasa dia turun, dia terdengar anaknya sedang menyanyi lagu yang sedang hangat di pasaran bertajuk "Growl". Punya lah bersemangat menyanyi sampai menari gaya-2 EXO. Puan Jihyo menepuk dahinya dan menggeleng. "Ehem!" Dia sengaja berbuat-buat batuk untuk menarik perhatian Jieun. Jieun yang tersedar akan mommynya itu terus tersenyum manis sambil menampakkan giginya. "Sorry mommy, tak perasan pulak mommy dah turun. Okay jom." Jieun terus menggalas dan menyerong (am i right? ^^") beg bagasinya. Mereka pun terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan halaman rumah. Sepanjang perjalanan, Jieun banyak membebel tentang betapa gembira dan keterujaannya tentang universiti. Puan Jihyo hanya mendengar sahaja. Dia tidak ada mood untuk membalas. Jantungnya berdegup dengan laju. Dia amat risaukan keadaan puteri kesayangannya itu. Sesampai sahaja di universiti, mereka terus mengeluarkan barang dan pergi ke kaunter untuk pendaftaran. Semua nya Jieun yang buat manakala Puan Jihyo hanya memerhati dari jauh. Bukan dia taknak tolong tapi Jieun bersungguh mahu buat sendiri. "Takpe, mommy duduk je." "Nanti kalau salah macam mana?" "Mommy, trust me. Semuanya akan okay. Please." Puan Jihyo mengeluh. Terpaksa lah beralah lagi. Tidak mahu membuatkan perkara ini jadi besar. Tidak sampai setengah jam semua nya sudah selesai. Puan Jihyo gembira melihat Jieun yang dari tadi asyik tersenyum. Demi anaknya, dia sanggup buat apa sahaja. Kalau lah dia tidak suruh Jieun menolak tawaran-2 yang dia dapat dulu, sudah tentu Jieun sudah pun sem 3. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya. Dekat 3 minggu juga Jieun terperap di dalam bilik setiap kali dia dipaksa untuk menolak. Puas juga kena memujuk. "Mommy. Mommy." Puan Jihyo terjaga dari lamunan setelah Jieun memanggilnya. "Aaa, ye ye. Jom jom." Jawabnya tergagap-gagap. Jieun tergelak sinis. "Mommy ni berangan apa sampai termenung lama sangat hmm?" Jieun mencubit lembut pipi ibunya. Puan Jihyo mengambil kedua-dua tangan Jieun dan mengenggamnya. "Dah besar dah anak mommy ni. Maafkan mommy sayang sebab paksa Jieun tolak tawaran dulu-2." Jieun tersenyum. "It's okay mommy. Mungkin rezeki Jieun di sini. Jieun suka jadi Jieun okay je." Jieun memeluk ibunya dengan erat. Dia tahu ibunya amat sayangkan dia. Puan Jihyo membalas pelukannya. "Dah jom, berdrama pulak kita berdua ni haih." ujar puan Jihyo. "Hihihi, tau takpe. Jom lah, Jieun tunjukkan bilik Jieun."

Beware || Completed ✔Where stories live. Discover now