Keadaan Jieun sudah stabil. 4 hari di hospital, membuatkan dia sudah tidak sabar untuk belajar semula. Banyak juga dia ketinggalan. Seojun? Alhamdulillah dah berbaik. Memula Seojun buat-2 ego dan tidak mahu mendengar apa yang Jieun cakap, last-2 berbaik juga. Apa yang buat Jieun terkejut ialah Seojun sudah ada teman wanita. Can u believe that? Rupanya dah setahun diorang bersama. Jieun berasa kosong. Dia mengaku dia ada rasa suka pada Seojun tetapi Seojun sudah ada teman wanita. Sedih? Mungkin. Sakit hati? Mungkin. Entahlah. Tetapi Jieun mampu untuk mengatasi segala kesedihan dan keperitan yang dia hadapi. Dia tidak mahu depressed lagi. Dia tahu pun lepas dia keluar dari hospital dan ingin bertemu Seojun. Semasa mereka berbual, seorang perempuan datang menyapa Seojun. Seojun memperkenalkan perempuan itu kepada Jieun.
"Jieun, perkenalkan my sweetheart. Nama dia Sooyoung."
Jieun berasa kaku. Seolah-olah hatinya tertusuk dengan pedang dan dirobek-robek lalu dibuang di sungai. Apekah semua ini? Namun, dia pandai cover. Dia terus membuat muka terkejut dan tersenyum kepada Sooyoung.
"Ohh. Hai Sooyoung, saya Jieun."
"Hai Jieun. Awak sama kos dengan boyfriend saya eh?"
"Ye saya. Awak pulak?"
"Saya baru je pindah sini dan akan ambik kos yang sama macam korang." ujar Sooyoung riang.
What?! Sama?! Sudah tentu mereka akan berkepit dan meninggalkan aku keseorangan. Kata Jieun dalam hati.
Sooyoung dan Seojun berbual sesama sendiri tanpa menghiraukan Jieun. Jieun terasa benar dirinya ditepis dan ditolak jauh-2. Kenapa Seojun menjadi begini?
Jieun yang sudah tidak tahan menjadi tunggul bangun dan ingin pergi ke tempat lain. Sebelum keluar dari cafeteria, sempat dia menoleh ke arah mereka berdua. Seojun langsung tidak menghiraukannya. Biarlah Jieun. Sooyoung memandang ke arah Jieun. Senyumannya menjadi sinis.
Padan muka kau perempuan.
YOU ARE READING
Beware || Completed ✔
ÜbernatürlichesKehidupan sebagai seorang pelajar universiti, membuatkan Jieun memilih untuk duduk di asrama. Walaupun ibunya menentang kerana risau, Jieun nekad dengan pilihannya. Pelbagai perkara pelik berlaku sepanjang Jieun berada di universiti. Dengan mendapa...