Krekkk. Bunyi pintu dibuka. Kedengaran agak usang bilik ini. Mungkin sudah lama tidak digunakan. Jieun dengan berhati-hati memasuki bilik itu dengan beg bagasinya. Ibunya pula mengikuti dari belakang. Bilik itu kelihatan amat bersih dan selesa untuk diduki. Bilik itu juga hanya memuatkan dua orang sahaja. Sepatutnya empat orang satu bilik namun Puan Jihyo memilih untuk berdua sahaja kerana risau rakan-rakan sebilik Jieun otak yang gila-2 punya. Dia tidak mahu Jieun terpengaruh. Jieun memilih untuk tidur di katil sebelah pintu. Senang untuk keluar jika terjumpa makhluk halus. Hihi. 15 minit masa yang diambil oleh mereka berdua meletakkan barang-2 Jieun di tempat di bersesuaian. Setelah selesai, puan Jihyo meminta diri untuk balik kerana ingin melawat makcik Jieun yang sakit di hospital. Sebelum balik, sempat mulut becoknya memberi pesanan kepada Jieun. "Jangan lupa makan ubat, jangan lupa kemas katil, jaga pemakanan" dan macam-2 lah. Jieun hanya mendengar sahaja. Jieun hendak menghantar ibunya sampai ke bawah namun dihalang oleh ibunya. "Takpe, mommy boleh survive. Dahlah, pegi rehat." "Yelah, take care mommy. Love you." "Love you too." Puan Jihyo terus keluar dari bilik Jieun. Jieun melambai ke arah ibunya. Sebak pula terasa di dadanya. "Takpelah Jieun, sekejap je. 3 tahun je. Lepastu kau graduate yay!" ujar Jieun girang lalu menghempaskan badannya ke katil. Dia menoleh ke katil sebelah, kosong. Sejak dari tadi kawan sebiliknya langsung tidak menunjukkan rupa. "Janganlah aku kena tinggal sorang dalam ni. Aku risauu" desis hati Jieun. Dia mula membayangkan cerita-2 seram yang dibacanya. Sedang dia memikirkan perkara itu, bunyi pintu bilik dibuka. Jieun yang terkejut terus bangun dari pembaringannya. Mana lah tahu ada perompak. Lol jauhnya dia fikir *geleng kepala* Fikiran Jieun salah apabila dia terlihat seorang perempuan berambut pendek dan perang memakai hoodie dan topi yang menutup sedikit mukanya dan itu membuatkan Jieun sukar untuk melihat sepenuh mukanya. Rupanya dia lah rakan sebiliknya. Perempuan itu terus pergi ke katilnya dan membuka topinya sambil mengusutkan rambutnya sedikit. Mungkin rimas. Akhirnya. Cantik juga roommate aku ni. Kata Jieun dalam hati. Tetapi roommatenya ini kelihatan amat pendiam dan tidak mahu berbual dengan sesiapa. Biarlah, mungkin homesick. Fikir Jieun. Agak terasa juga dia kerana dibuat seperti dia hanya lah halimunan. Namun tanggapan Jieun salah. Amat salah.
YOU ARE READING
Beware || Completed ✔
ParanormalKehidupan sebagai seorang pelajar universiti, membuatkan Jieun memilih untuk duduk di asrama. Walaupun ibunya menentang kerana risau, Jieun nekad dengan pilihannya. Pelbagai perkara pelik berlaku sepanjang Jieun berada di universiti. Dengan mendapa...