Bab 8.

59 10 0
                                    

Jieun terjaga dari tidurnya. Bunyi jam di atas meja sebelah katilnya menganggu tidurnya yang lena. Tidak dapat lah dia menyambung mimpi di mana dia dapat bertemu dengan idolnya. Kacau betul lah jam ni. Dengan berat hati, dia bangun juga. 8:00am. Ada lagi sejam untuk kelas pertamanya bermula. Dia memang sengaja bangun awal kerana dia perlu bersiap sedia dengan kemas dan sedap mata memandang. Dia terus menggeliat dan menggolek-golek badannya di atas katil. 2 kali dia menguap. Biasalah, tidur lambat semalam sebab nak baca dahulu apa yang akan dia belajar esok supaya dia senang untuk faham. Dia menoleh ke katil sebelah. Kosong. Aik, awalnya dia keluar? Mungkin dia nak amek angin luar. Biar lah dia. Dahlah sombong. Geram juga Jieun. Seharian tidak bertegur sapa. Bukannya dia tidak menegur, 5 kali dia tegur namun tidak dilayan. Roommate nya itu asyik menghadap bukunya sahaja atau bermain dengan telefonnya. Malas hendak memikirkannya, dia terus meluru ke bilik air dan bersiap. Kelas selepas ini lebih penting dari roommatenya. Jieun mengenakan simple sahaja harini. Hanya sedikit make up dimukanya supaya tidak nampak pucat. Dia memakai topi nike, t-shirt putih, sweater hijau serta seluar jeans. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas. Dia memakai beg galas serta membawa buku-2 agar nampak macam pelajar contoh lol perasan :3 kasut pula dia mengenakan kasut adidas pemberian arwah abangnya. Jieun tersenyum sendirian. "Semoga abang tenang disana." ujar Jieun tenang.

Beware || Completed ✔Where stories live. Discover now