Suasana pagi itu tegang. Jieun dan ibunya dua-2 berdiam diri. Jieun berasa teragak-agak untuk memulakan bicara. "Mommy-" dengan beraninya dia bersuara namun dihalang oleh ibunya. "Takpelah, Jieun pun dah besar. Dah boleh fikir mana baik mana buruk kan? Good luck then." jawab Puan Jihyo dingin lalu bangun dan meninggalkan meja makan. Dia tidak mempunyai selera untuk menyambung makanannya kerana dia tahu Jieun akan bangkitkan hal universiti. Jieun tersentak. Makanan yang dimakannya terasa tawar. Nampaknya ibunya masih belum memaafkannya lagi. Dia segera menghabiskan makanannya kerana dia perlukan lakukan sesuatu yang penting. Lembutkan hati mommy!
Puan Jihyo sedang duduk di kerusi yang terletak di halaman belakang rumah. Dia hanya memerhati keadaan sekeliling. Jieun dengan berhati-hati menghampiri ibunya. "Mommy-" seperti biasa percakapannya dihalang. "Nak apa lagi? Mommy benarkan. Dah, nak apa lagi?" tegas ibunya bersuara. Jieun terkedu. Tidak pernah ibunya membuat perangai sebegini. "Mommy, listen. Bagilah peluang Jieun nak cakap. Don't make me like a doll that doesn't feel anything." Walaupun dalam keadaan marah, Jieun sedaya upaya untuk tidak meninggikan suaranya. Berdosa! Puan Jihyo tersenyum nipis. "Apa dia?" soalnya. "Jieun.. Jieun." Jieun mengeluh. Dia tidak tahu keputusannya ini betul ke tidak tapi yang dia tahu dia memang tidak bersetuju dengan hal yang dia akan cakapkan ni. "Jieun dah fikir masak-masak untuk tolak tawaran tu." Puan Jihyo kelihatan tenang. Seperti itu yang dia nak. "Mommy nak yang ni kan sebenarnya?" soalnya. Puan Jihyo bangun dari kerusi dan memeluk erat anaknya itu. "Mommy nak yang terbaik untuk anak mommy. Mommy tak kisah kalau Jieun nak pergi jauh mana pun cuma mommy risau keadaan Jieun. Dahlah mommy jauh. Rakan sebilik nanti buatnya dapat yang selalu keluar malam macam mana sayang? Jieun dahlah selalu sakit tengah malam. Kalau tiada sesiapa macam mana?" Panjang lebar puan Jihyo memujuk Jieun. Jieun membalas pelukan itu. "Mommy jangan risau, Jieun akan jaga diri. Trust me mommy. Your daughter is a big girl now lahhh." Rengek Jieun manja. Dengan ibunya sahaja lah dia boleh bermanja.
YOU ARE READING
Beware || Completed ✔
ParanormalKehidupan sebagai seorang pelajar universiti, membuatkan Jieun memilih untuk duduk di asrama. Walaupun ibunya menentang kerana risau, Jieun nekad dengan pilihannya. Pelbagai perkara pelik berlaku sepanjang Jieun berada di universiti. Dengan mendapa...