Jieun memerhatikan keadaan sekeliling. Dia kenal tempat ini. Hospital. Tempat di mana orang-2 sakit ditempatkan dan dia benci akan bau hospital. Namun kenapa dia berada di sini? Dia menoleh ke tepi. Kelihatan ibunya sedang solat di tepi katil. Mommy datang? desis hati Jieun. Apa yang terjadi dekat aku sebenarnya? Sedang dia termenung memandang ke siling tentang keadaannya, ibunya menegurnya, "Jieun dah bangun sayang?" Ibunya meletakkan tangan di dahinya.
"Alhamdulillah, suhu dah berkurang. Mommy tahu anak mommy kuat." Puan Jihyo menggenggam tangan Jieun.
"Mommy, apa yang jadi sebenarnya?"
"Jieun pengsan. Seojun yang tolong tadi. Dia kata Jieun tak datang-2 jadi dia terus pergi ke bilik Jieun."
Seojun tolong aku? Desis hati Jieun.
Jieun mengangguk tanda faham.
"Jom makan dulu ye. Mesti Jieun lapar." Puan Jihyo bangun lalu menyediakan makanan.
"Jieun kena ada tenaga yang cukup baru boleh cepat sihat." ujar puan Jihyo lalu menyuapkan makanan ke dalam mulut Jieun.
Jieun sekadar mengangguk. Tidak larat untuk membalas. Sedang dia leka makan, kedengaran pintu bilik diketuk.
Kelihatan Seojun datang dengan plastik besar.
"Eh Seojun, duduk lah." ujar Puan Jihyo. Jieun pula hanya mendiamkan diri.
"Takpe makcik. Terima kasih. Saya datang sekejap je ni. Nak hantar makanan dekat Jieun."
"Lah, buat susah je kamu ni. Banyaknya makanan."
"Tak susah langsung makcik. Saya ikhlas." Seojun terus menuju ke meja sebelah katil Jieun.
Setelah meletakkan makanan dia atas meja, dia pergi ke arah Jieun.
"Jieun, awak dah okay?"
Jieun mengangguk sambil menunduk. "Nanti awak makan ye. Semoga awak cepat sembuh."
"Erm makcik, saya balik dulu ye. Ada hal penting lepasni. Assalamualaikum." Seojun menyalam puan Jihyo.
Keluar sahaja Seojun dari bilik itu, puan Jihyo menegur Jieun, "Kenapa diam je? Patutnya Jieun ucap terima kasih sebab Seojun banyak tolong Jieun." Puan Jihyo agak kecewa dengan perbuatan Jieun.
"Jieun.. tak larat." Tipu! Mana ada tak larat. Dia sebenarnya malu hendak menghadap Seojun. Seojun banyak tolong dia. Taktau lah kenapa mulut berat sangat nak ucap terima kasih. Haih, Jieun Jieun.
"Lepas makan tidur lah, Jieun perlukan rehat yang secukupnya."
"Baik mommy."
Seojun, maafkan saya. Desis hati Jieun. Rasa bersalah sudah menyelubungi hatinya. Dia perlu mengucapkan terima kasih dan meminta maaf kepada Seojun dengan segera!
YOU ARE READING
Beware || Completed ✔
ParanormalKehidupan sebagai seorang pelajar universiti, membuatkan Jieun memilih untuk duduk di asrama. Walaupun ibunya menentang kerana risau, Jieun nekad dengan pilihannya. Pelbagai perkara pelik berlaku sepanjang Jieun berada di universiti. Dengan mendapa...