Jieun merenung ke arah luar tingkap. Rambutnya yang panjang melepasi bahu dibiarkan lepas. Angin yang kuat pada petang itu membuatkan dia kelihatan sedang membuat iklan rambut kerana rambutnya yang lurus dan panjang itu. Dia memandang ke bawah dan mengeluh. Di dalam tangannya ada inhaler dan ubat-ubatan yang perlu dia makan untuk meneruskan hidup. Benar, kematian sudah ditetapkan namun ubat-ubat itu adalah penguat dirinya untuk meneruskan kehidupan. Tok tok tok. Bunyi ketukan pintunya. Jieun hanya membiarkannya. Dia berasa sungguh malas hendak menghadap sesiapa. Dia terus-terusan memandang ke arah luar tingkap. Bunyi derepan kaki semakin kuat menghampirinya. "Jieun, mari makan. Mommy dah masak makanan kegemaran Jieun." Senyap. "Jieun.." pujuk ibunya. Jieun menoleh ke arah ibunya dengan mata yang sayu. Sudah seminggu dia berkurung di dalam bilik dan dia rasa ini lah masa yang sesuai untuk keluar. Kasihan pada ibunya yang keseorangan. Bukan sengaja dia hendak mengurungkan diri, cuma dia berasa amat tertekan dengan nasibnya yang menghidap penyakit kanser. Dia masih tidak boleh menerima kenyataan itu. Dia ingat lagi masa dia balik sahaja dari klinik haritu, dia terus meluru masuk ke bilik tanpa menghiraukan panggilan ibunya. Dia terus mengunci pintu biliknya dan menangis selama 3 jam. Dia memukul-mukul dirinya. Ibunya puas mengetuk pintu biliknya untuk memujuknya namun tidak berhasil. Apabila ibunya menggunakan kunci pendua, Jieun menyorokkan dirinya di dalam bilik air biliknya. Akhirnya ibunya beralah. Dia perlu bagi Jieun tenang. "Apa yang sayang termenung ni?" Jieun tersentak. Persoalan ibunya itu membuatkan dia kembali di alam nyata. Peristiwa itu kembali terngiang di dalam fikirannya. Jieun menggeleng lemah. "Jom lah makan, makanan dah nak sejuk tu." ajak ibunya lalu memimpin tangan Jieun. Ibunya berasa bersyukur akhirnya Jieun mendengar juga. Dia merasakan itu lah satu pencapaian buat dirinya.
YOU ARE READING
Beware || Completed ✔
ParanormalKehidupan sebagai seorang pelajar universiti, membuatkan Jieun memilih untuk duduk di asrama. Walaupun ibunya menentang kerana risau, Jieun nekad dengan pilihannya. Pelbagai perkara pelik berlaku sepanjang Jieun berada di universiti. Dengan mendapa...