Utama
Taeyang (SF9)
Jejaka tinggi lampai berusia 20 tahun ini adalah seorang model yang baru sahaja kehilangan kekasihnya. Mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan fikirannya di kampung. Berkenalan dan rapat dengan Yebin tanpa sengaja.
Yebin (DIA)
Gadis kecil molek yang berusia 20 tahun ini merupakan anak angkat kepada Mak Ngah (ibu saudara Taeyang) yang baru sahaja kehilangan tempat bergantung. Memandangkan dia anak tunggal, Mak Ngah tidak mengalami apa-apa masalah untuk menjadikan Yebin sebagai anak angkat yang sah. Seorang gadis yang suka cakap main lepas tetapi hatinya baik.
Pembantu
Mak Ngah
Berusia 45 tahun dan sejak kematian suami dan anak perempuan tunggalnya, kehidupan Mak Ngah mula terumbang-ambing. Dia juga ditawarkan untuk tinggal di bandar bersama kakaknya (ibu Taeyang) tetapi dia menolak kerana dia tidak sanggup meninggalkan rumah pusaka itu. Dia tinggal bersendirian sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan Yebin sebagai anak angkat.
Cameo (Mentioned only)
Chaeyeon (DIA): cinta pertama Taeyang yang meninggal dunia akibat kanser.
YOU ARE READING
Will You Go Out With Me? [Malay FF]
FanfictionKehilangan orang tersayang bukannya perkara mudah bagi Taeyang yang baru sahaja kematian kekasihnya, Chaeyeon. Dia mencintai Chaeyeon separuh mati sehingga tidak mampu untuk membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. Pada suatu hari, Taeyang pulang...