Two

94 6 1
                                    

  "Kita ni sebayalah Taeyang. Kau 97 Liner aku 97 Liner so takkanlah aku nak panggil kau abang? Lagipun kau bukan abang angkat aku. Kau tu boleh dikatakan sepupu angkat aku je" bebel Yebin. "Pandai menjawab betul budak pendek ni. Dahlah pergi masuk bilik tu, Menyampah pulak aku tengok muka kau" Taeyang menghalau Yebin. "Muka handsome perangai hodoh. Kesian siapa jadi bini kau nanti" sindir Yebin dan berlalu pergi. "Boleh tahan pedas jugak mulut budak pendek ni" gumam Taeyang di dalam hati. Petang itu, Taeyang sudah bersiap-sedia untuk keluar. "Kamu nak ke mana tu Taeyang?" "Taeyang nak ke pantailah Mak Ngah. Dah lama Taeyang tak tengok laut. Mak Ngah nak ikut?" pelawa Taeyang. "Mak Ngah sibuk sekarang ni. Kamu pun tahu yang Mak Ngah kena buat karipap untuk dihantar ke pasar malam kejap lagi"

"Oh ya, baik kamu bawak Yebin. Dia pun dah lama teringin ke pantai" cadang Mak Ngah. Sepantas kilat dia memanggil Yebin yang berada di dapur. Taeyang langsung tak sempat membuka mulut. "Taeyang nak bawak Yebin ke pantai? Mestilah Yebin nak! Ok jom kita gerak sekarang" Yebin teruja. Taeyang menjeling Yebin dan Yebin pula menjelir lidah kepada Taeyang. "Baik korang berdua pergi sekarang. Risau pulak hujan nanti. Jangan balik lambat sangat tau" pesan Mak Ngah. Taeyang dan Yebin hanya mengangguk lalu terus keluar rumah. "Kau duduk belakang. Jangan gatal2 nak duduk depan" arah Taeyang. "Wahhh jadi Tuan Besarlah aku harini. Kau pulak driver aku" Yebin ketawa kecil. "Jangan nak perasan jadi Tuan Besarlah, Puan Besarlah. Kau duduk depan. Tak ingin aku jadi driver kau" Taeyang mengubah fikirannya. Yebin tersenyum sendiri kerana dia berjaya dalam permainan psikologi.

Sepanjang perjalanan ke pantai, mereka langsung tidak berbual. Hanya lagu-lagu di corong radio yang berkumandang. Yebin memandang Taeyang sekali lagi. Lama juga dia memandang Taeyang kali ini. "Kau ni dah kenapa suka pandang aku? Aku tahulah aku ni handsome" Taeyang mula perasan. Matanya tetap fokus pada jalan. "Muka je handsome tapi perangai hodoh" kata Yebin lalu terus memandang tempat lain. "Okay lah tu daripada kau, muka dan perangai sama hodoh" sindir Taeyang pula. Yebin tidak membalas apa-apa. Dia merenung Taeyang sekali lagi. "Stop staring at me Yebin. Kau buat aku rimas. Ada jugak yang tak sempat sampai ke pantai kang" tegas Taeyang. "Jom selfie?" pinta Yebin tiba-tiba. "Kau ni dah kenapa Yebin? Kau buat aku takutlah" kata Taeyang. Yebin hanya mampu ketawa. "Nak tak selfie dengan aku?" tanya Yebin sekali lagi.

"Dekat pantai nantilah. Kau nak mampos selfie dalam kereta macam ni? Kalau kita accident dan kau mati, aku jugak yang kena bertanggungjawab" kata Taeyang. "Kau cakap macam kau confirm hidup je kalau kita accident. Tapi bila difikirkan balik, ada baiknya jugak kalau kau hidup aku mati. Kalau aku mati, aku boleh hantui kau seumur hidup,tak, aku boleh renung kau sepanjang masa" Yebin mula ketawa besar. "Kesian Mak Ngah dapat anak angkat terencat lagi gila macam ni" Taeyang hanya mampu menggelengkan kepalanya. Sebaik sahaja tiba di pantai, Yebin terus berlari ke laut. Taeyang mengekorinya. "Hati-hati sikit! Kalau kau lemas aku tak nak selamatkan kau" jerit Taeyang. Yebin mempedulikan kata-kata Taeyang. Taeyang berasa tenang sekali melihat langit yang membiru. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan Taeyang bertambah selesa. "Taeyang! Mehhh lah sini!" jerit Yebin dari jauh.

Will You Go Out With Me? [Malay FF]Where stories live. Discover now