Mak Ngah hanya mengangguk tanda faham. "Kalau Yebin tanya pasal Taeyang, Mak Ngah bagitahu dia jangan tunggu Taeyang tapi Taeyang janji Taeyang akan kembali ke sini untuk berjumpa dia" pesan Taeyang buat kali terakhir. Sekitar pukul 9:45 AM, Yebin pun bangun dari tidur. Dia ke tandas terlebih dahulu. Sebaik sahaja dia keluar dari tandas, dia terus menanyakan tentang Taeyang pada Mak Ngah yang kebetulan ada di dapur kerana dia perasan Taeyang tiada di dalam bilik. Mak Ngah berlaku jujur dengan Yebin. Dia turut menyampaikan pesanan terakhir Taeyang kepada Yebin. Yebin tersentak. Dia langsung tidak percaya yang Taeyang meninggalkannya begitu sahaja. Yebin berlari ke ruang tamu dan melihat ke luar tingkap. Kereta Taeyang langsung tidak kelihatan. "Dia.....Dia pergi macam tu je? Dia langsung tak ucap selamat tinggal dekat Yebin. Sampai hati dia" hati Yebin mula hancur.
"Sabarlah Yebin. Dia bukan sengaja tinggalkan Yebin. Dia terpaksa pulang ke bandar sebab ada hal kecemasan" maklum Mak Ngah. Yebin yang kecewa melampau berlalu pergi. Mak Ngah mula risau akan keadaan Yebin. Dua hari berlalu begitu sahaja, Yebin masih dibelenggu rasa sedih yang melampau sehingga dia mengalami temporary amnesia sekali lagi. Dia langsung tidak mengingati apa-apa atau sebab dia terlampau sedih. Malam itu, Mak Ngah yang semakin risau akan kesihatan Yebin menghubungi Taeyang dan memaklumkan keadaan semasa Yebin kepada Taeyang. Keesokan harinya, Mak Ngah dan Yebin sedang sibuk mengemas rumah sambil menunggu kehadiran tetamu istimewa. "Mak Ngah, siapa tetamu istimewa tu? Tak pernah-pernah Yebin tengok Mak Ngah berkemas sampai macam ni sekali" tanya Yebin.
"Anak saudara Mak Ngah. Dah lama dia tak balik sini. Sebab tu Mak Ngah terlebih excited nak jumpa dia" jawab Mak Ngah. Jelas terukir senyuman yang manis pada wajah Mak Ngah. Yebin hanya mengangguk mendengar jawapan itu dan terus mengemas rumah. "Lelaki ke perempuan ha? Kalau perempuan okay jugak boleh aku berkawan dengan dia" bisik hati kecil Yebin. 30 minit kemudian; Yebin terdengar suara seseorang memanggil nama Mak Ngah. Dia ke luar rumah. "Siapa pulak mamat ni. Handsome dan Tinggi betul" Yebin kagum melihat penampilan lelaki itu. "Hai Yebin" sapa lelaki itu. "Ma....Macam mana awak tahu nama saya? Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" Yebin mengaru kepalanya yang tidak gatal. "Ni akulah, Taeyang, anak saudara Mak Ngah dan kawan baik kau. Kita kan pernah keluar sama-sama dulu. Kau ingat tak?" kata Taeyang.
"Ohh awak anak saudara Mak Ngah rupanya. Maaflah saya memang tak kenal awak apatah lagi keluar dengan awak. Awak tersilap orang ni" maklum Yebin. "Mak Ngah betul. Kau memang dah tak ingat aku tapi aku yakin kau akan ingat aku selepas aku tunjuk gambar-gambar ni" Taeyang menghampiri Yebin dan terus menghulurkan telefon bimbitnya kepada Yebin. Yebin terkejut besar melihat gambar-gambarnya yang diambil bersama Taeyang. Taeyang tiba-tiba memeluk Yebin dan berkata "Maafkan aku Yebin sebab tinggalkan kau macam tu je. Aku tak sepatutnya buat kau sedih sampai macam ni. Aku janji aku takkan tinggalkan kau sekali lagi" Yebin yang hanyut dalam dakapan Taeyang mula teringatkan memori pahit manis sepanjang mengenali diri Taeyang. Yebin tiba-tiba menolak badan Taeyang. "Kau pergi mana ha?! Main blah macam tu je! Kau tak kesiankan aku ke?!" jerit Yebin.
YOU ARE READING
Will You Go Out With Me? [Malay FF]
FanfictionKehilangan orang tersayang bukannya perkara mudah bagi Taeyang yang baru sahaja kematian kekasihnya, Chaeyeon. Dia mencintai Chaeyeon separuh mati sehingga tidak mampu untuk membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. Pada suatu hari, Taeyang pulang...