Pada pagi sabtu yang indah, Mak Ngah dan Yebin sedang sibuk mengemas rumah sambil menunggu kehadiran tetamu istimewa. "Mak Ngah, siapa tetamu istimewa tu? Tak pernah-pernah Yebin tengok Mak Ngah berkemas sampai macam ni sekali" tanya Yebin. Dia memanggil ibu angkatnya Mak Ngah kerana nama itu cukup sinonim dengan Mak Ngah. "Anak saudara Mak Ngah. Dah lama dia tak balik sini. Sebab tu Mak Ngah terlebih excited nak jumpa dia" jawab Mak Ngah. Jelas terukir senyuman yang manis pada wajah Mak Ngah. Yebin hanya mengangguk mendengar jawapan itu dan terus mengemas rumah. "Lelaki ke perempuan ha? Kalau perempuan okay jugak boleh aku berkawan dengan dia" bisik hati kecil Yebin. 30 minit kemudian; Yebin terdengar suara seseorang memanggil nama Mak Ngah. Dia ke luar rumah. "Siapa pulak mamat ni. Handsome dan Tinggi betul" Yebin kagum melihat penampilan lelaki itu.
"Aik? Siapa pulak perempuan ni? Aku dah tersilap rumah atau Mak Ngah yang makin muda?" Taeyang bingung. Lama juga Taeyang dan Yebin bertentang mata. "Taeyang!" Mak Ngah terasa teruja melihat anak saudaranya. "Mak Ngah!" Taeyang terus berlari ke ibu saudara kesayangannya. "Taeyang? Mak Ngah? Huh?" Yebin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Taeyang dan Mak Ngah saling bertanya khabar. "Siapa pulak perempuan tu Mak Ngah? Pembantu rumah ke?" "Takkanlah Mak Ngah nak ambik pembantu rumah. Kamu ingat Mak Ngah ni orang kaya? Itu anak angkat Mak Ngah. Nanti Mak Ngah ceritakan pasal dia dekat Taeyang" jawab Mak Ngah dan kemudian terus menjemput Taeyang masuk ke dalam rumah. Mereka bertiga berkumpul di ruang tamu. Taeyang dan Yebin saling memandang satu sama lain seolah-olah mereka tidak puas hati sesama sendiri. "Yebin, inilah anak saudara Mak Ngah yang Mak Ngah maksudkan tadi"
"Nama dia Taeyang. Bekerja sebagai model dekat bandar" Mak Ngah memperkenalkan anak saudaranya kepada Yebin. "Ini pulak Yebin, anak angkat Mak Ngah. Mak Ngah ambik dia dari rumah anak yatim. Dia anak tunggal jadi dia tiada sesiapa dalam dunia ni. Sebab itulah Mak Ngah jadikan dia sebagai anak angkat" Mak Ngah pula memperkenalkan anak angkatnya kepada Taeyang.Taeyang hanya mengangguk. "Taeyang masuklah bilik dulu. Lepas mandi, kita makan tengahari sama-sama okay?" ujar Mak Ngah. Taeyang hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam bilik. Yebin pula tidak berhenti memandang Taeyang. Usai mandi, Taeyang terus ke dapur untuk menikmati makan tengahari. "Yebin, tolong hidangkan nasi untuk Taeyang" arah Mak Ngah. "Baik Mak Ngah" Yebin menurut sahaja arahan ibu angkatnya. Mereka bertentang mata sekali lagi. Ketika menjamah makan tengahari bersama, Taeyang dan Yebin bertentang mata sekali lagi.
"Apa masalah budak pendek ni dari tadi asyik usha aku" bisik hati kecil Taeyang. "Aku tahulah aku ni cantik tapi tak perlulah usha aku setiap masa" gumam Yebin di dalam hati. Selesai makan, Taeyang duduk di ruang tamu sementara Yebin pula sibuk mencuci pinggan di dapur. "Hoi budak pendek, meh sini kejap aku nak tanya sesuatu" Taeyang memanggil Yebin yang kebetulan sedang berjalan ke ruang tamu. "Excuse Me, aku ada nama okay. Kau nak tanya apa?" kata Yebin dengan dingin. "Kerek betul minah ni. Baiklah Cik Yebin, aku nak tanya kenapa kau panggil Mak Ngah 'Mak Ngah' sedangkan dia mak angkat kau?" "Dia nak aku panggil dia Mak Ngah sebab itu nama glamour dia. Ada soalan lagi Encik Taeyang?" "Satu lagi soalan; kenapa kau guna kau-aku dengan aku? Aku lagi tua dari kau. Hormat sikit"
YOU ARE READING
Will You Go Out With Me? [Malay FF]
FanfictionKehilangan orang tersayang bukannya perkara mudah bagi Taeyang yang baru sahaja kematian kekasihnya, Chaeyeon. Dia mencintai Chaeyeon separuh mati sehingga tidak mampu untuk membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. Pada suatu hari, Taeyang pulang...