"Tapi dah alang-alang ada manusia sebelah aku ni, lebih baik aku tepuk bahu dia" terang Yebin. "Macam-macamlah kau ni" Taeyang hanya mampu menggeleng kepalanya. Matanya langsung tidak memandang tempat lain. Dia asyik memandang wajah comel Yebin sejak tadi. Walaupun mata Yebin tertutup rapat, dia masih belum terlena. Tangannya tidak henti-henti menepuk bahu Taeyang. "Kaulah gadis paling pelik yang aku pernah jumpa Yebin. Aku ingatkan kau normal macam semua perempuan yang aku kenal sebelum ni tapi aku silap. You are one of a kind Yebin" desis hati kecil Taeyang. Keesokan harinya, Taeyang sudah bersiap untuk ke perpustakaan awam. Dia perlukan wifi untuk memeriksa laman sosialnya. "Taeyang nak ke mana tu?" tanya Mak Ngah. "Nak ke perpustakaan awam. Taeyang nak guna wifilah Mak Ngah. Dah dua hari tak bukak laman sosial yang ada" jawab Taeyang.
"Nak ikut!" Yebin tiba-tiba bersuara. "Kenapalah kau ni suka ikut aku? Kalau nak ikut pergilah siap cepat" arah Taeyang. Yebin terus masuk ke dalam biliknya. "Takpe ke kalau Taeyang bawak Yebin sekali?" tanya Taeyang. "Boleh je. Tak salah pun" ujar Mak Ngah. "Kesian pulak kat Mak Ngah takde siapa tolong Mak Ngah kat dapur harini" "Jangan risaulah Taeyang. Mak Ngah dah biasa buat kerja sorang-sorang. Yebin pun bukan selalu tolong Mak Ngah. Maksud Mak Ngah, dia memang rajin tapi bila dia sakit Mak Ngah tak bagi dia tolong Mak Ngah. Lebih baik bagi dia berehat" terang Mak Ngah. Taeyang hanya mengangguk. Diringkaskan cerita, Taeyang dan Yebin tiba di perpustakaan awam yang jauh sedikit daripada Dream Village dengan selamat. Taeyang mengeluarkan laptop dan telefon bimbitnya. Yebin pula segera mencari buku yang menarik untuk dibaca.
5 minit kemudian, Yebin kembali semula ke tempat duduknya di sebelah Taeyang. Taeyang pula masih sibuk dengan gajetnya. "Buku apa yang kau baca tu?" tanya Taeyang. "No One Like You. Best tau cerita ni. Aku dah baca separuh haritu" jawab Yebin. "NOLY by Amirul Ashraff? Huh aku dah lama baca cerita tu. Kau yang lambat" ujar Taeyang. "Tak sangka pulak yang kau suka baca novel cintan-cintun" Yebin ketawa kecil. "Chaeyeon yang paksa aku baca tau. Lelaki mana suka baca novel ni tau tapi bagi aku NOLY ni memang best. Kau patut baca sampai habis" Taeyang merekomenkan novel itu kepada Yebin. Yebin tidak berkata apa-apa lagi. Dia terus menumpukan perhatian pada novelnya. "Telemovie Mistake dah ada kat Youtube. Mesti download ni" kata Taeyang. Mereka menghabiskan masa selama 2 jam di perpustakaan awam itu.
Sepanjang perjalanan pulang, Yebin tidak berhenti bercakap mengenai novel No One Like You. Dia amat teruja kerana dapat membaca novel itu sehingga habis. "I told ya. Novel tu memang best dan tak setipikal novel cinta yang lain. Aku sebagai lelaki pun suka novel NOLY tu" ujar Taeyang. "Itulah pasal. Kreatif betul si penulis novel tu. Kalau dibuat filem pun mesti gempak" kata Yebin. "Sebenarnya memang dah ada telemovie berdasarkan hasil karya si Amirul Ashraff tu. Nama telemovie tu Mistake, aku baru download tadi" maklum Taeyang. "Wahhh mesti best telemovie tu. Cerita romantik ke sedih? Boleh aku tengok sekali?" pinta Yebin. "Kisah romantik campur sedih. Boleh je tapi kita tengok lewat sikitlah eh sebab aku nak guna laptop nanti" maklum Taeyang. Yebin hanya mengangguk. Pukul 10:00 PM hari yang sama, Taeyang dan Yebin bersiap sedia untuk menonton telemovie itu di laptop.
YOU ARE READING
Will You Go Out With Me? [Malay FF]
FanfictionKehilangan orang tersayang bukannya perkara mudah bagi Taeyang yang baru sahaja kematian kekasihnya, Chaeyeon. Dia mencintai Chaeyeon separuh mati sehingga tidak mampu untuk membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. Pada suatu hari, Taeyang pulang...