Dia ingin Taeyang turut serta dengannya. Taeyang berjalan perlahan-lahan ke laut. "Tak sejuk ke air laut tu?" tanya Taeyang. "Mestilah sejuk. Air laut kot. Jomlah join aku" jawab Yebin selamba. Taeyang merendamkan kakinya. "Sejuk betul" Taeyang mula mengigil. "Baru rendam kaki dah mengigil? Lelaki jenis apa kau ni?" Yebin mula ketawa lagi. "Dahlah aku nak ke sana balik" belum sempat Taeyang berlalu pergi, Yebin tiba-tiba menariknya ke dalam laut. Taeyang terjatuh ke dalam air. "Kau dah gila ke ha?! Macam mana aku nak balik nanti?!" jerit Taeyang. Dia mengigil kesejukan. "Lepas keringkan badan kita baliklah. Itupun nak kena ajar" jawab Yebin dengan penuh sinis. Taeyang yang bengang mula memercikkan air laut kepada Yebin. Yebin tersedak kerana terminum air laut yang masin. "Tak guna kau Taeyang!" Yebin melawan semula. Oleh itu berlakulah 'pertempuran' air laut antara Yebin dan Taeyang.
Yebin berasa sungguh gembira kerana dapat kenakan Taeyang. Taeyang pula masih tidak puas hati dengan Yebin. Sedang asyik mereka memercikkan air sesama sendiri, Taeyang tiba-tiba ternampak bayangan kekasihnya, Chaeyeon yang baru sahaja meninggal dunia, dalam diri Yebin. Taeyang terus berhenti dan termenung seketika. "Kenapa berhenti Taeyang?" "Takde apalah. Aku nak balik ke pantai dulu" jawab Taeyang dan terus berlalu pergi. Yebin menyambung aktiviti bermain air. Taeyang duduk di atas pasir sambil termenung jauh. Dari jauh, Yebin boleh nampak kesedihan yang membelenggu diri Taeyang. Dia segera kembali ke pantai dan terus duduk di sebelah Taeyang. "Teringat dekat buah hati ke?" tanya Yebin tiba-tiba. "Mengarutlah kau ni. Jomlah kita balik" ujar Taeyang. "Ok tapi sebelum tu kita selfie dulu" pinta Yebin. Taeyang menurut sahaja permintaan Yebin. Mereka berdua kembali ke kereta dalam keadaan masih basah.
Taeyang membuka but belakang dan terus menanggalkan bajunya. Dia meletakkan bajunya yang basah ke dalam but belakang. Taeyang kembali ke Yebin tanpa baju. Yebin menelan air liur melihat badan sasa Taeyang. "Ok jom kita gerak sekarang" "Baju aku masih basah kot, tunggulah sekejap. Kau lelaki kau bolehlah tak pakai baju" "Dah tahu basah, bukaklah baju lepastu letak dalam bonet. Habis cerita" "Kau ni dah gila ke apa? Takkanlah aku nak balik bersinglet? Dahlah kau tu lelaki, kang tak pasal kau nodai aku" Yebin mula risau. "Kau ni suka sangat cakap benda bukan-bukan. Tunggu kejap" Taeyang membuka pintu belakang dan mencapai sweaternya. "Pakai sweater aku ni tapi baju tu kena bukak jugak. Lepastu masukkan dalam bonet" arah Taeyang. Yebin menurut sahaja arahan Taeyang. Dia ke belakang kereta dan membuka bajunya basahnya lalu meletakkanya ke dalam but belakang.
Yebin kembali semula kepada Taeyang. Taeyang tiba-tiba merenung dada Yebin. "Pakai singlet putih rupanya, ingatkan singlet hitam" ujar Taeyang. Yebin yang terkejut mendengar kata-kata Taeyang terus menzip di bahagian dada. Dia sebenarnya terlupa untuk menarik zip sehingga habis. Taeyang pula sengaja berkata begitu untuk menyedarkan Yebin. Malam itu, sekitar pukul 10 PM; Taeyang dan Yebin berada di ruang tamu menonton televisyen bersama. Mak Ngah pula tidur awal kerana penat bekerja dari siang ke malam. "Taeyang, memandangkan kau orang lama dekat Dream Village ni, boleh aku tahu sesuatu?" "Apa dia?" "Kau tahu asal usul penunggu F Garden? Mak Ngah kata kita tak boleh petik bunga ros kat situ sebab F Garden tu berpenunggu. Jadi kau mesti tahu asal usul penunggu F Garden tu, kan?" Soalan spontan Yebin betul-betul membuatkan Taeyang terkejut.
YOU ARE READING
Will You Go Out With Me? [Malay FF]
FanfictionKehilangan orang tersayang bukannya perkara mudah bagi Taeyang yang baru sahaja kematian kekasihnya, Chaeyeon. Dia mencintai Chaeyeon separuh mati sehingga tidak mampu untuk membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. Pada suatu hari, Taeyang pulang...