"Syukurlah kau dah ingat Yebin" Taeyang memeluk Yebin sekali lagi. "Janganlah peluk aku!" Yebin menolak badan Taeyang sekali lagi. "Sebenarnya aku datang sini hari ni bukan saja-saja. Aku sebenarnya nak perkenalkan Girlfriend baru aku dekat Mak Ngah" maklum Taeyang. Air muka Yebin terus berubah. Taeyang tiba-tiba menarik tangan Yebin dan memaksa Yebin masuk ke dalam kereta. Yebin berasa bingung dengan tindakan Taeyang. "Mak Ngah keluarlah! Taeyang nak perkenalkan girlfriend baru Taeyang ni!" jerit Taeyang. Mak Ngah keluar serta-merta. "Mana girlfiend kamu tu? Tak sabar-sabar Mak Ngah nak tengok" Taeyang menarik Yebin keluar dan memperkenalkan Yebin kepada Mak Ngah. "Inilah girlfriend baru Taeyang! Yebin namanya" kata Taeyang. Mak Ngah hanya mampu ketawa. "Apa kau merepek pagi-pagi buta ni? Otak kau tertinggal dekat bandar ke macam mana?" sindir Yebin. "Kau ingat tak apa yang aku kata beberapa hari yang lepas?" tanya Taeyang serius.
"Kalaulah pintu hati aku terbuka untuk perempuan lain, mesti aku akan pilih kau untuk jadi kekasih aku...... huh?! Maknanya...." Yebin tergamam. "Maknanya pintu hati aku dah terbuka untuk perempuan lain dan perempuan tu adalah kau Yebin. Aku tak boleh tipu diri sendiri lagi. Aku betul-betul jatuh cinta dengan kau Yebin" lafaz Taeyang. "Would you be my girlfriend?" lamar Taeyang. "Sebelum aku bagi jawapan, kau nak aku jadi girlfriend kategori apa? Kategori kampung? Kategori bandar?" tanya Yebin. "No category. Aku nak kau jadi girlfriend aku untuk seumur hidup" "Aww so sweet" Yebin terasa terharu. "So apa jawapan kau?" tanya Taeyang sekali lagi. "Mestilah aku terima tapi kau ni slowlah Taeyang. Aku dah lama suka kau tapi kenapa sekarang baru nak confess dekat aku?" "Aku ingat kau tak suka lelaki macam aku ni. Sebab itulah aku tak berani nak confess dekat kau" maklum Taeyang.
"For your information, you are my first love Taeyang. Aku tak pernah rasa nikmat bercinta sebelum ni tapi sejak kau hadir dalam hidup aku, aku rasa bahagia sangat-sangat walaupun kau selalu kutuk dan buli aku. Aku pulak tak berani confess dekat kau sebab aku tahu kau masih tak dapat lupakan Chaeyeon hmm" ujar Yebin. "Memang betul aku tak dapat lupakan Chaeyeon tapi itu tidak bermakna aku masih cintakan dia. Aku ikhlas cintakan kau Yebin. You are my last love" lafaz Taeyang. Yebin yang menahan rasa sebak terus memeluk Taeyang. Taeyang membalas pelukan Yebin. Mak Ngah pula berasa gembira melihat Taeyang dan Yebin. Mereka berdua amat secocok. "Untunglah anak angkat Mak Ngah ni dah ada Boyfriend. Mak Ngah je yang masih menjanda" gurau Mak Ngah. "Amboii Mak Ngah nak jugak boyfriend ke? Kalau nak Taeyang boleh carikan satu. gurau Taeyang. "Mengarutlah kamu ni Taeyang" Mak Ngah hanya mampu ketawa dan masuk ke dalam rumah. Dia juga menjemput Taeyang dan Yebin masuk.
YOU ARE READING
Will You Go Out With Me? [Malay FF]
FanfictionKehilangan orang tersayang bukannya perkara mudah bagi Taeyang yang baru sahaja kematian kekasihnya, Chaeyeon. Dia mencintai Chaeyeon separuh mati sehingga tidak mampu untuk membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. Pada suatu hari, Taeyang pulang...