Five

73 6 0
                                    

  20 minit kemudian; permainan pun tamat. Kemenangan berpihak kepada Yebin. Yebin menang tipis dengan 21-19. Taeyang yang duduk di atas anak tangga masih tercungap-cungap. Yebin berdiri di hadapannya. "Budak pendek yang berkain batik ni jugaklah yang menang perlawanan tadi. Kan aku dah cakap, pakaian tak menghalang aku untuk bergerak dengan aktif" tegas Yebin. "Ok jom kita main untuk set kedua" pinta Taeyang. "Tak nak aku. Cukuplah 1 set aku dah tak larat bye" Yebin menghulurkan raket kepada Taeyang dan terus masuk ke dalam rumah. Taeyang mengekorinya dari belakang. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah, deria bau mereka tertarik dengan satu aroma ini. Mereka berdua terus ke dapur. "Nasi ayam!" Taeyang dan Yebin teruja. "Inilah masakan istimewa untuk korang berdua. Mak Ngah tahu korang berdua suka nasi ayam. Sebelum makan,korang berdua pergi mandi dulu" arah Mak Ngah.

  "Jom mandi sama-sama?" Taeyang tersengih memandang Yebin. "Kau gila ke? Aku bukannya isteri kau dan kalau aku jadi isteri kau pun, tak ingin aku mandi dengan kau" Yebin mencebikkan mukanya. "Kau tak dengar ke Mak Ngah kata 'korang berdua pergi mandi dulu'? Maknanya dia nak kita mandi sama-samalah" gurau Taeyang. "Gatal jugak kau ni ehh. Semalam tengok dada aku, tadi mintak kain aku londeh dan sekarang nak mandi dengan aku? Dasar lelaki miang" Yebin menjeling Taeyang. "Kau pun sama. Semalam dalam kereta mata kau asyik tengok badan sado aku, kan?" Taeyang tidak mahu mengalah. "Ma-mana ada!" muka Yebin mula kemerah-merahan. "Aku kahwinkan jugak budak dua orang ni. Dah pergi mandi cepat nanti nasi ayam dah sejuk dah tak sedap" arah Mak Ngah. Taeyang dan Yebin berlari ke bilik masing-masing untuk mengambil tuala.

Masing-masing ingin mandi dahulu. Mereka berdua siap berebut bilik air lagi. Mak Ngah hanya menggeleng melihat perangai kebudak-budakan mereka, Walau bagaimanapun, dia gembira kerana hidupnya bertambah meriah dengan kehadiran Taeyang dan Yebin. Selesai makan, Yebin berada di biliknya itu berehat seketika. Taeyang pula menolong ibu saudaranya di dapur. "Kamu cuti sampai bila?" "Seminggu Mak Ngah" jawab Taeyang yang sibuk mencuci pinggan. "Jadi kamu stay sini seminggulah?" tanya Mak Ngah lagi. "Ya Mak Ngah. Lebih baik Taeyang stay dekat sini daripada stay dekat bandar tu. Sekurang-kurangnya Taeyang ada Mak Ngah, ada budak pendek tu, untuk dijadikan teman" jawab Taeyang panjang. "Apa pendapat kamu tentang Yebin? Mak Ngah tengok kamu makin lama makin rapat je dengan dia" "Taeyang suka kawan dengan dia walaupun mulut dia macam puaka sikit" jawab Taeyang sambil ketawa besar.

 "Perangai Yebin memang macam tu. Dia suka cakap main lepas tapi dia baik orangnya. Dia juga senang bergaul dengan orang lain" jelas Mak Ngah. "Kalau Yebin tu senang bergaul dengan orang lain, mesti dia ada ramai kawan dalam kampung ni, kan?" "Tak. Dia langsung takde kawan dekat sini. Taeyang pun tahu yang rakan-rakan sebaya Taeyang dan Yebin ramai yang dah berkerja, sambung belajar. Jadi Taeyanglah rakan pertamanya kat kampung ni" jawapan Mak Ngah betul-betul membuatkan Taeyang terkejut. Selesai membasuh pinggan, Mak Ngah dan Taeyang terus ke ruang tamu. Mereka sambung berbual di situ pula. "Jadi apa maksud Mak Ngah Yebin senang bergaul dengan orang lain tapi dia takde kawan dekat sini?" Taeyang bingung. "Maksud Mak Ngah, dia senang bergaul dengan kawan-kawan Mak Ngahlah. Kalau dia pergi ke kedai runcit depan tu, mesti dia tegur mak cik-mak cik dekat situ"


Will You Go Out With Me? [Malay FF]Where stories live. Discover now