Yebin sudah teruja untuk menonton telemovie itu. "Sebelum kita mulakan, kau tengok je sampai habis dan jangan tanya apa-apa soalan kat aku sebab aku sendiri pun tak pernah tengok lagi telemovie ni. Faham?" maklum Taeyang. Yebin mengangguk tanda faham. Taeyang menekan butang play pada laptop. 2 jam kemudian: Yebin memukul bahu Taeyang sekuat mungkin. Taeyang pula tidak boleh berhenti ketawa. "Kau tipu aku Taeyang. Kau kata ni cerita romantik campur sedih tapi kenapa keluar hantu zombie bagai?" "Aku saja je nak usik kau sebab aku tahu kau penakut. Seram dan best jugak telemovie ni,kan? Tak sia-sia aku download" ujar Taeyang. "Nasib baik telemovie ni best dan Doktor Yeoone pulak handsome. Tak jadi aku nak marah kau lama-lama" kata Yebin sambil tersenyum sendiri. "Harap-harap kau boleh tidur lenalah malam ni" kata Taeyang.
Selepas dia menutup laptopnya, dia ingin bangun dan terus ke bilik tetapi Yebin sempat menarik lengannya. "Kenapa?" "Aku takutlah nak tido sorang-sorang. Teman aku macam semalam please" pinta Yebin. "Ok boleh tapi aku tak boleh tido luar macam semalam. Banyak nyamuk kot. Aku akan teman kau dalam bilik kau dan bila kau dah lena aku masuk bilik aku" cadang Taeyang. Yebin hanya mengangguk. Di dalam bilik Yebin, Yebin sedang baring di atas katil sementara Taeyang bersandar pada sisi katil sambil membelek telefon bimbitnya. Dia perasan Yebin sedang menepuk-nepuk bantal peluk sebelum tidur. "Ini habit aku sebelum tido. Aku kena tepuk bantal peluk perlahan-lahan untuk cepat lena" Taeyang teringatkan kata-kata Yebin. "Kau tak tipu aku rupanya. Aku ingat kau main-main pasal tu sebab kau nak ambik kesempatan tepuk bahu aku" gumam Taeyang.
Hari ini masuk hari keempat sejak Taeyang tinggal di Dream Village. Dia ingin membawa Mak Ngah dan Yebin makan angin. Malangnya, Mak Ngah tidak dapat ikut kerana dia ada urusan pada saat akhir. "Maaflah Taeyang Mak Ngah tak dapat nak ikut. Mak Ngah ada hal sikit" "Kalau macam tu kita tunda esoklah. Taeyang takde masalah" muka Yebin berubah apabila Taeyang berkata begitu. Dia sudah teruja untuk makan angin. Mak Ngah perasan perubahan pada muka Yebin. "Taeyang, kamu bawaklah si Yebin tu makan angin. Dia dah excited tu. Tak sampai hati pulak nak kecewakan dia" bisik Mak Ngah. "Takpe ke Mak Ngah? Jauh tempat kitorang nak pergi ni" "Mak Ngah percayakan kamu Taeyang. Kamu dah besar, dah pandai jaga diri dan Mak Ngah yakin kamu boleh jaga si Yebin tu" tegas Mak Ngah.
Selepas berbincang, Taeyang bersetuju untuk membawa Yebin makan angin. Mereka bertolak tidak lama kemudian. Mak Ngah berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat meluangkan masa berharga bersama Taeyang dan Yebin atas tuntutan kerja. Walau bagaimanapun, dia berasa gembira melihat anak angkat dan anak saudaranya yang semakin hari semakin rapat. Pada awal perjalanan, Yebin dan Taeyang rancak berbual tetapi tidak lama kemudian, Yebin hanya mendiamkan diri. Wajahnya pula nampak pucat. "Kau okay ke Yebin? Kenapa muka kau nampak pucat?" Taeyang mula bimbang. "Aku tak okay. Aku nak termuntah" jawab Yebin sambil menutup mulutnya. Dia sedang menahan dirinya daripada muntah dalam kereta Taeyang. "Nak termuntah?! Jangan muntah dalam kereta aku Yebin. Aku tak sanggup nak cuci muntah kau" Taeyang bertambah bimbang. Taeyang memberhentikan kereta hitamnya di tepi jalan. Dia membuka pintu hadapan dan membawa Yebin keluar.
YOU ARE READING
Will You Go Out With Me? [Malay FF]
FanficKehilangan orang tersayang bukannya perkara mudah bagi Taeyang yang baru sahaja kematian kekasihnya, Chaeyeon. Dia mencintai Chaeyeon separuh mati sehingga tidak mampu untuk membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. Pada suatu hari, Taeyang pulang...