"Mak Ngah tak dapat ikut sebab dia ada hal. Aku tak sihat sebab ada carsick tapi sekarang aku dah okay. Kereta rosak sebab kau tak servis dan top-up kau habis sebab salah kau sendiri. Semua yang berlaku bersebab. Takde maknanya hari ni hari malang kita" Yebin berfikiran positif. "Wow ini first time aku dengar kau bercakap secara matang. Sebelum ni kau selalu cakap benda bukan-bukan" puji Taeyang. "Well aku dah 20 tahun kot, Mestilah matang. Tak macam kau" sindir Yebin. "Menyesal aku puji kau" kata Taeyang selamba. Yebin hanya mampu ketawa. Tiba-tiba, seorang gadis seksi lalu di belakang Yebin. Taeyang sempat lagi menjeling perempuan seksi itu. Yebin toleh ke belakang dan perasan Taeyang sedang menjeling perempuan seksi itu. Yebin menepuk meja dengan kuat. Taeyang terkejut. "Kenapa?" "Kenapa kau usha perempuan lain sedangkan aku betul-betul ada kat depan kau?!"
"Kau bukan awek aku so buat apa aku nak usha kau. Lagipun aku dah jemu tengok muka kau hari-hari" "Inilah lelaki. Pantang nampak perempuan seksi" "Perempuan pun sama ah. Nampak lelaki handsome mulalah menggedik" Taeyang dan Yebin mula bertikam lidah sudah sekian lama mereka tidak bergaduh. "Dahlah! Malas aku nak bertikam lidah dengan kau. Aku nak jalan-jalan kat sini. Call aku bila kereta dah siap direpair" Yebin bingkas bangun dan terus meninggalkan Taeyang. "Woii Yebin! Makanan ni siapa nak bayar?!" jerit Taeyang. Yebin sudah pergi jauh ketika itu. "Tak guna punya budak pendek. Tadi beria-ria nak kongsi duit nak bayar sesama konon tapi dia yang blah dulu" gumam Taeyang. Selesai membuat pembayaran, Taeyang terus mencari Yebin. 3 minit kemudian, Taeyang ternampak Yebin di kedai cenderamata dan terus menghampirinya.
"Ohhh Encik Taeyang rupanya. Encik Taeyang buat apa di sini? Encik Taeyang rindukan saya ke? tanya Yebin. "Takde maknanya aku nak rindu kau. Aku cari kau sebab aku kena jaga kau. Aku dah janji dengan Mak Ngah yang aku akan jaga kau dengan baik. Kalau kau hilang nanti, aku jugak yang susah" maklum Taeyang. "Kan aku dah cakap tadi, kalau kereta dah siap direpair kau call je aku" "Kau dah lupa ke yang phone aku takde kredit?" "Dah tu tak reti-reti nak top-up? Takkan itu pun aku nak ajar" sindir Yebin. "Geram betul aku dengan budak pendek ni. Nasib baiklah kau ni anak angkat Mak Ngah. Kalau tak, dah lama aku bunuh kau, sumbat mayat kau dalam tong lepastu campak tong tu ke laut" Taeyang menahan amarahnya. "Nak bunuh aku konon. Nak jentik aku pun tak berani" kata Yebin.
Taeyang terus menjentik bahu Yebin sekuat hati. "Sakitlah!" Yebin menumbuk bahu Taeyang sekuat hati. Mereka bergaduh sekali lagi. Yebin tidak membenarkan Taeyang mengekorinya tetapi Taeyang tetap berdegil. Akhirnya, Yebin mengalah dan mereka berjalan bersama-sama. Dipendekkan cerita, selepas kereta Taeyang siap dibaiki, mereka menyambung kembali perjalanan. Mujurlah mereka berdua tiba di destinasi dengan selamat. Taeyang membawa Yebin melawat tempat-tempat menarik yang ada di situ. Yebin terasa amat gembira kerana dapat meluangkan masa bersama Taeyang tetapi dia akan berasa lebih gembira sekiranya Mak Ngah ada bersama. Selepas puas berjalan, mereka berdua pun bertolak pulang. Taeyang menyangka hari malangnya sudah berakhir tetapi dia silap. Sepanjang perjalanan pulang, hujan membasahi bumi dengan lebatnya. Keadaan itu telah memaksa Taeyang untuk berhenti seketika di kawasan yang selamat kerana dia tidak mampu meneruskan perjalanan. "Kenapa berhenti?" tanya Yebin.
YOU ARE READING
Will You Go Out With Me? [Malay FF]
FanfictionKehilangan orang tersayang bukannya perkara mudah bagi Taeyang yang baru sahaja kematian kekasihnya, Chaeyeon. Dia mencintai Chaeyeon separuh mati sehingga tidak mampu untuk membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. Pada suatu hari, Taeyang pulang...