"Taeyang rasa dia patut cari kerjalah. Sekurang-kurangnya dia boleh tampung perbelanjaan Mak Ngah" cadang Taeyang. "Dia memang nak cari kerja tapi Mak Ngah tak benarkan sebab dia ada masalah kesihatan" "Masalah kesihatan apa pulak? Taeyang tengok sihat walafiat je budak tu" Taeyang menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Luarannya memang normal tetapi dia memang ada masalah kesihatan. Taeyang perasan tak yang dia selalu tenung muka Taeyang sejak Taeyang datang sini semalam?" tanya Mak Ngah. Taeyang hanya mengangguk. "Itulah masalah kesihatan dia. Dia alami temporary amnesia. Dia suka tenung muka orang lama-lama supaya dia tak lupa wajah dan nama orang tu. Bila dia terlampau sedih atau stress, mesti dia tak dapat ingat apa-apa. Ada sekali tu dia langsung tak ingat Mak Ngah" terang Mak Ngah dengan panjang lebar. Taeyang bertambah terkejut kali ini.
"Sekarang dia tengah happy sebab Taeyang ada jadi memorinya akan bertambah kuat. So kita jangan sesekali buat dia jadi terlampau sedih. Itu memang tak bagus untuk otak dia" pesan Mak Ngah. "Jadi Mak Ngah tak bagi dia bekerja sebab Mak Ngah risau dia akan stress di tempat kerja dan disebabkan itu dia akan alami temporary amnesia. Betul tak?" tanya Taeyang lagi. "Tepat sekali" jawab Mak Ngah malas. Taeyang kini sudah tahu segala-galanya mengenai Yebin. Dia juga bertekad untuk lebih berhati-hati ketika berbual atau bergurau dengan Yebin supaya Yebin tidak menjadi sedih. Beberapa minit kemudian, Mak Ngah meninggalkan Taeyang untuk menyambung kerjanya. Taeyang pula masuk ke dalam bilik Yebin senyap-senyap. Dia ingin berbual dengan Yebin. Yebin hanya termenung mengadap tingkap. "Yebin?? Kau okay ke?" sapa Taeyang. "Aku okaylah. Kau nak apa datang sini? Rindu aku lettew" sakat Yebin.
"Duduk serumah nak rindu apanya. Orang gila je yang rindu orang yang berada di depan mata" ujar Taeyang. Dia terus duduk di atas katil bersebelahan Yebin. "Pembetulan, bukan orang gila tapi orang bercinta. Kau mesti tak pernah bercinta, kan?" tanya Yebin. "Kau pulak? Pernah ke bercinta?" Taeyang menyoal Yebin semula. "Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Aku tak pernah bercintalah. Kenapa? Kau nak bercinta dengan aku ke?" Yebin tiba-tiba mengenyitkan matanya. "Aku lebih rela jadi bujang sampai mati daripada kahwin dengan kau" "Orang tak cakap pun pasal kahwin. Orang cakap pasal bercinta je lalala~" gumam Yebin. Taeyang menjeling Yebin. "Kalau kau tak nak bercinta dengan aku takpe tapi sekurang-kurangnya jadilah BFFFFFFFFF aku. Aku dahlah takde kawan dekat sini" kata Yebin. "BFF?" Taeyang tiba-tiba tersenyum sendiri. "Perlu ke kau tersengih sampai macam tu? Kelakar sangat ke perkataan BFF tu?"
"Itulah jawapan kepada soalan kau tadi. Aku pernah bercinta dan semuanya bermula dari BFF" "Wahhh macam menarik je kisah ni. Ceritalah cepat" Yebin tiba-tiba teruja. "Panjang kisahnya sampai boleh dijadikan drama 26 episod. Biar aku ringkaskan. Aku ada kawan baik bernama Chaeyeon. Kitorang berdua memang rapat sejak tingkatan 5. Lepas habis sekolah, aku confess dekat dia dan syukurlah dia tak reject aku. Kami bercinta 2 tahun tapi baru-baru ni, dia tiba-tiba mintak putus dengan aku. Perangai dia berubah 360 darjah. Aku hampir tak kenal Chaeyeon sebab dia memang lain sangat. Pada satu hari, aku dapat tahu yang dia meninggal dunia sebab kanser otak. Aku memang lost dan keliru gila time tu. Sekarang barulah yang aku sedar dia mintak putus sebab dia tahu dia tak mampu hidup lama dan dia tak nak tengok aku sedih" cerita Taeyang dengan panjang lebar.
YOU ARE READING
Will You Go Out With Me? [Malay FF]
Hayran KurguKehilangan orang tersayang bukannya perkara mudah bagi Taeyang yang baru sahaja kematian kekasihnya, Chaeyeon. Dia mencintai Chaeyeon separuh mati sehingga tidak mampu untuk membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. Pada suatu hari, Taeyang pulang...