Twelve

51 4 0
                                    

  "Aku tak boleh sambung drive sebab aku ada masalah drive dalam hujan lebat. Aku tak boleh nampak apa-apa sebab hujan terlampau lebat. Kalau aku teruskan jugak, aku akan bahayakan nyawa orang yang aku sayang" jelas Taeyang. "Bahayakan nyawa orang yang aku sayang?... Takpelah biar aku mesej Mak Ngah dan bagitahu dia yang kita mungkin sampai lewat sikit" kata Yebin. "Bagus jugak tu" kata Taeyang pula. Yebin mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus menghantar sms kepada Mak Ngah. Hujan masih membasahi bumi dengan lebatnya. Yebin dan Taeyang hanya memandang ke luar tingkap. Masing-masing tidak tahu untuk berbual mengenai apa. Suasana janggal mula menyelubungi mereka. "Yebin, bila aku dah balik bandar nanti, kau akan ingat aku tak?" tanya Taeyang tiba-tiba. "Apa jenis soalan tu. Mestilah aku akan teringat dan rindu kau. Kau kan boyfriend aku" usik Yebin.

"Sejak bila pulak aku jadi boyfriend kau? I told ya before, aku lebih rela bujang sampai mati dari jadi kekasih kau" tegas Taeyang. "Mulut kata lain, hati kata lain, kan?" Yebin sengaja mengenyit mata Taeyang. Taeyang hanya mampu ketawa. "Ye lah kau girlfriend aku kategori kampung. Nak sangat kan?" "Apa maksud kau aku girlfriend kategori kampung?" Yebin menjeling Taeyang. "Aku ada banyak girlfriend. Kategori kampung, kategori bandar, kategori oversea" gurau Taeyang. "Banyak girlfriend konon. Baru bercinta sekali dah perasan ada banyak girlfriend oh tolonglah" bebel Yebin. Air muka Taeyang berubah mendengar Yebin berkata begitu. Dia tiba-tiba terkenangkan Chaeyeon. "Kalaulah pintu hati aku terbuka untuk perempuan lain, mesti aku akan pilih kau untuk jadi kekasih aku" lafaz Taeyang. Mata Yebin terkebil-kebil dan telinganya pula tidak mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut Taeyang sebentar tadi.

"Kau kata apa tadi?" Yebin inginkan kepastian. "Errr takde apalah. Jom kita balik. Hujan dah mula renyai" Taeyang mengubah topik dan terus menyambung perjalanan. Yebin pasti dia tidak tersilap dengar sebentar tadi tetapi dia tidak berani untuk bertanyakan tentang itu. Yebin memang sudah lama jatuh cinta pada Taeyang tetapi dia tidak berani untuk meluahkan perasaan. Dia tidak pasti akan perasaan Taeyang terhadap dirinya kerana hati Taeyang memang sukar untuk diteka. Sepanjang perjalanan pulang, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Suasana janggal menyelubungi mereka sekali lagi. Beberapa minit kemudian, Yebin yang duduk di hadapan tertidur akibat kepenatan. Taeyang mencapai sweaternya dan menutup badan Yebin kerana gabungan cuaca sejuk dan pendingin hawa kereta akan menjejaskan kesihatan Yebin. "Aku keliru dengan perasaan aku Yebin. Aku tak pasti aku suka kau sebagai kawan baik aku atau aku memang dah jatuh cinta kat kau"

"Aku masih tak dapat lupakan Chaeyeon tapi aku tak boleh terus hidup dalam bayang-bayang dia. Aku perlukan seseorang macam kau untuk aku terus hidup tanpa dihantui bayang-bayang kekasih lama. Buat masa ni aku tak boleh luahkan perasaan dekat kau lagi tapi satu hari nanti aku janji aku akan jujur dengan kau Yebin" hati kecil Taeyang berbicara panjang. Hari kelima; seawal jam 7 pagi lagi Taeyang sudah bangun. Dia sedang berkemas-kemas untuk pulang ke bandar. Mak Ngah terperanjat dengan keputusan mengejut Taeyang. "Kalau diikutkan hati, memang Taeyang nak stay sampai Ahad ni tapi Taeyang ada hal kecemasan kat bandar. Taeyang kena balik hari ni jugak" tegas Taeyang. "Mak Ngah faham tapi kamu tak nak tunggu Yebin bangun ke? Tak nak ucapkan selamat tinggal kat dia?" "Dia mesti penat lagi tu. Biarlah dia tidur selama mana pun. Taeyang pun berat hati nak tinggalkan dia sebab tu Taeyang kena gerak tanpa pengetahuan dia" maklum Taeyang.


Will You Go Out With Me? [Malay FF]Where stories live. Discover now