Ten

59 4 0
                                    

   Dia membawa Yebin ke semak-samun berdekatan. Yebin terus muntah semahu-mahunya. Taeyang mula menggosok belakang Yebin. Kembang juga tekak Taeyang melihat Yebin yang muntah dengan begitu banyak itu. "Kalau dah tahu ada carsick, kenapa tak duduk belakang dari awal? Tempat kita nak pergi ni jauh tau" ujar Taeyang. "Aku tak nak jadi Tuan Besar kat belakang. Aku nak jadi peneman kau dekat depan" kata Yebin. Taeyang terkejut mendengar jawapan ikhlas yang keluar dari mulut Yebin. Dia tahu Yebin berkata jujur kerana Yebin adalah seorang perempuan yang selalu straight to the point. "Aku tahu niat kau baik tapi kau perlu utamakan kesihatan kau. Sekarang kau pergi baring dekat belakang tu" perlahan-lahan Taeyang membawa Yebin masuk ke tempat duduk belakang. Dia terus membaringkan Yebin dan masuk semula ke dalam kereta.

"Kau okay ke? Nak aku bawak kau ke hospital atau nak patah balik?" tanya Taeyang sebelum meneruskan perjalanan. "Teruskan perjalanan dan aku tak nak ke hospital. Nanti aku okaylah. Jangan risau" kata Yebin. Taeyang hanya mengangguk dan terus bergerak. Sepanjang perjalanan, Yebin hanya baring di tempat duduk belakang sementara Taeyang fokus memandu. 30 minit kemudian, Taeyang tiba-tiba memberhentikan keretanya di bahu jalan sekali lagi. Yebin yang berada dalam keadaan separuh sedar bingkas bangun. "Apahal kau berhentikan kereta kat tepi jalan ni? Kau pun nak termuntah ke apa?" Yebin bingung. "Taklah. Aku rasa kereta aku dah rosak" "Ehhh??!!" jawapan Taeyang membuatkan Yebin terkejut. Mereka berdua terus keluar dari kereta. Taeyang terus memeriksa enjin. "Enjin overheat. Patutlah kereta tak boleh bergerak" maklum Taeyang. "Dah tahu nak jalan jauh kenapa tak pergi servis kereta tu dulu?" tanya Yebin.

"Kau ingat dekat Dream Village ada Pusat Servis Kenderaan?" tanya Taeyang pula. "Dah tu sekarang kita nak buat apa?" Yebin mula risau. "Call tow truck, hantar kereta ke bengkel dan kita kena dapatkan teksi" cadang Taeyang. "Nak cari teksi celah mana sayang oiii. Kau ingat teksi akan jatuh dari langit" kata Yebin spontan. "Banyak soal betul lah budak pendek ni" Taeyang mengeluarkan telefon bimbit dan cuba menghubungi trak tunda terlebih dahulu. "Takde kredit?! Aku baru top-up semalam takkan dah takde kredit" Taeyang bingung. "Kalau tak silap aku, kau online guna datakan semalam?" tanya Yebin. Taeyang hanya mengangguk. "Kau ambik data tak?" soalan ringkas Yebin membuatkan Taeyang tergamam. "Aku terlupa nak ambik data! Patutlah kredit aku habis haihhh" "Kenapalah aku ada kawan selembab ni" Yebin menggelengkan kepalanya dan terus mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Gunalah telefon bimbit aku yang dah ketinggalan zaman ni. Walaupun tak secanggih telefon bimbit kau tapi sekurang-kurangnya dia boleh berbakti kepada kita" Yebin menghulurkan telefon bimbitnya kepada Taeyang. Diringkaskan cerita, Taeyang berjaya menghubungi trak tunda dan teksi. Kereta Taeyang dibawa ke bandar berhampiran. Taeyang dan Yebin mengikuti daripada belakang. Di bengkel; Mereka hanya perlu tunggu selama sejam sebelum kereta Taeyang siap dibaiki. "Jomlah kita pergi makan Taeyang. Aku dah lapar ni" "Ok jom" Taeyang bingkas bangun tanpa berkata apa-apa lagi. Mereka berdua berjalan kaki mencari restoran terdekat. Nasib mereka baik kerana terdapat sebuah restoran berhampiran bengkel itu. Mereka menikmati makan tengahari bersama. "Hari ni hari malang kitalah. Mak Ngah tak dapat join kita, kau tak sihat, kereta pulak rosak, top-up aku habis haihhh" Taeyang mula mengeluh panjang.


Will You Go Out With Me? [Malay FF]Where stories live. Discover now