Four

71 6 0
                                    

  "Kenapa kau nak tahu?" tanya Taeyang. "Sebulan yang lalu, ada lima orang perempuan kena ganggu dengan penunggu tu sampai diorang accident. Mujurlah semuanya selamat" jawab Yebin ringkas. "Hmmmm orang kampung panggil penunggu tu Dangerose. Dangerose ni kiranya macam pontianak tapi ada bunga ros besar di kepalanya. Dangerose tak ganggu kita kalau kita tak petik bunga ros kat situ. Aku pun tak berapa tahu asal usul penunggu tu tapi orang kata pemilik taman bunga ros mini tu tersangat obses dengan bunga ros sampai bila dia dah mati pun, dia tak sanggup nak tinggalkan F Garden tu. That's why dia jadi penunggu di situ" cerita Taeyang dengan panjang lebar. "Wow tak sangka boleh wujud makhluk macam tu. Interesting" Yebin tiba-tiba berasa kagum. "Interesting? Kau tak takut ke kalau tengah malam nanti dia muncul depan mata kau?" Taeyang sengaja mengusik Yebin.

  "Kau kata dia akan muncul kalau kita petik bunga ros kat situ je. Aku tak petik bunga ros tu so kenapa aku perlu takut?" kata Yebin selamba. "Ok kali ni kau menang" ujar Taeyang. Yebin hanya mampu ketawa. Keesokan harinya, seawal jam 9 pagi lagi, Taeyang sudah membawa Mak Ngah dan Yebin ke pasar di pekan berhampiran. Mak Ngah ingin masak sesuatu yang istimewa untuk mereka berdua. Sebaik sahaja pulang ke rumah, Mak Ngah meminta Yebin untuk menemani Taeyang. Yebin ingin membantu Mak Ngah di dapur tetapi Mak Ngah menolak permintaan Yebin. Mak Ngah ingin menyediakan juadah istimewa buat anak angkatnya itu. Oleh itu, sudah tentu dia tidak perlukan bantuan Yebin buat ketika ini. Yebin kembali semula ke ruang tamu selepas permintaannya ditolak. "Kau tak nak tolong Mak Ngah?" tanya Taeyang.

  "Aku nak tolong tapi dia tak bagi. Dia nak aku teman kau" jawab Yebin. "Baguslah kau ada kat sini. Bolehlah aku bersembang dengan kau" kata Taeyang. "Reti pulak ajak sembang. Ingatkan tahu sindir orang je" perli Yebin. "Kalau tak nak sembang dengan aku takpe tapi jom main badminton" pinta Taeyang. "Agak-agaklah nak main time ni. Dahlah panas. Tak nak aku main" Yebin menolak permintaan Taeyang. "Main depan rumah je. Lagipun ini kawasan kampung, kalau panas pun tak terasa sangat. Jomlah main Yebin" pujuk Taeyang. "Oklah jom. Pergi ambik raket dan bulu tangkis cepat" arah Yebin. Taeyang masuk ke dalam biliknya untuk mengambil raket dan bulu tangkis. Yebin pula sudah berada di luar. 2 minit kemudian, Taeyang keluar mendapatkan Yebin. "Cepatlah siap" gesa Taeyang. "Aku dah siaplah ni" kata Yebin.

  "Takkanlah kau nak main badminton pakai kain batik je? Kalau terlondeh kang, tak pasal-pasal aku dapat free show" Taeyang mengusik Yebin. "Kau jangan risaulah. Pakai seluar ke, kain batik, gaun ke, aku tetap masih boleh beraksi. Jangan mimpilah kau nak tengok free show dari aku" Yebin mula angkuh. "Ok fine. Jom mulakan" gesa Taeyang. Dia memberikan sebatang raket kepada Yebin. Mereka berdua mengambil tempat masing-masing. Motosikal antik Mak Ngah pula dijadikan sebagai jaring. Memandangkan tiada pengadil, mereka perlu mengira mata sendiri. Permainan dimulakan. Kedengaran suara riuh-rendah di hadapan rumah. Mak Ngah terus ke ruang tamu dan melihat mereka dari beranda atas. "Laaa main badminton rupannya budak-budak ni. Motor kapcai aku dijadikan jaring. Haihh budak-budak ni" bisik hati kecil Mak Ngah. Dia berasa gembira melihat Yebin yang mula bergaul rapat dengan Taeyang.

Will You Go Out With Me? [Malay FF]Where stories live. Discover now