"Dia sengaja buat aku sedih, marah dan kecewa supaya aku boleh benci dia dan dapat lupakan dia tapi dia tersilap. Aku langsung tak boleh benci ataupun lupakan dia. She's my half and I'll never ever forget her" sambung Taeyang. Air mata Yebin tiba-tiba mengalir membasahi pipinya. Dia tidak sangka tersembunyi kisah silam yang sedih di sebalik perangai Taeyang yang sedemikian. "Laa kenapa kau pulak yang menangis? Sepatutnya aku yang menangis. Ini kisah aku" "Aku tak bolehlah dengar kisah sedih macam ni. Nanti aku menangis sekali" tegas Yebin. Dia masih menangis teresak-esak. Perlahan-lahan Taeyang mengesat air mata Yebin dengan jarinya. Yebin terkejut ketika itu. "Sebab itulah aku bawak diri ke kampung. Aku dapat ketenangan bila berada di kampung dan berada di sisi Mak Ngah. Aku jugak dapat extra ketenangan bila dapat berkenalan dengan kau" jelas Taeyang.
Yebin terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Taeyang. "Kau suka berkawan dengan aku?" tanya Yebin tiba-tiba. "Mestilah suka sebab aku tak pernah tau berkawan dengan orang gila sebelum ni" jawab Taeyang selamba. "Orang gila nilah yang memberikan extra ketenangan dekat kau. Kalau takde orang gila ni, risau pulak kau jadi gila nanti" sindir Yebin. Taeyang ketawa besar. "Serius aku suka berkawan dengan kau sebab sebelum ni aku takde kawan perempuan lain selain Chaeyeon. Dialah kekasih aku, dialah kawan baik aku" tegas Taeyang. "Dari cara percakapan kau tu, mesti si Chaeyeon tu bermakna sungguh dalam hidup kau, kan?" tanya Yebin serius. "Betul tu tapi aku kena bina hidup baru jugak satu hari nanti. Aku tak boleh terus hidup dalam bayang-bayang dia. Aku takkan sesekali lupakan dia tetapi itu tidak bermakna aku tak boleh sayang perempuan lain" tegas Taeyang.
"Sekarang biar aku pulak tanya kau, kau suka tak berkawan dengan aku?" tanya Taeyang pula. "Mestilah suka walaupun kau ni berlagak dan ego sikit" jawab Yebin selamba. "Kau ni memang species perempuan yang suka cakap lepas eh? Dari semalam aku perasan kau selalu cakap tanpa berfikir" "Dah perangai aku macam ni, nak buat macam mana. Aku memang suka cakap lepas tapi aku baik orangnya" Yebin mula perasan. "Orang jahat takkan mengaku dirinya jahat. Orang baik pun takkan mengaku dirinya baik" kata Taeyang dengan penuh sinis dan terus berlalu pergi. Yebin tidak menjawab apa-apa. Dia hanya menjeling Taeyang. Malam itu, sekitar pun 10:30 PM, bekalan elektrik tiba-tiba terputus. Yebin yang ketakutan berlari ke bilik Mak Ngah pada awalnya tetapi dia mengubah fikiran dan terus ke bilik Taeyang. Dia ingin Taeyang menemaninya tidur di luar.
"Kau dah gila ke apa? Takkanlah aku nak tido dengan kau kat luar. Kalau kau takut kau pergilah tido dengan Mak Ngah" kata Taeyang. "Aku memang takut gelap dan aku memang nak tido dengan Mak Ngah tapi Mak Ngah dah tido lena. Aku tak sanggup nak kejutkan dia. Please Taeyang teman aku tidur kat luar untuk malam ni je" rayu Yebin. Taeyang mengalah dan menurut sahaja permintaan Yebin. Tilam sudah dihamparkan di ruang tamu. Bantal peluk turut disediakan. Bantal peluk itu menjadi sempadan untuk mereka. Taeyang dan Yebin terus baring di atas tilam itu. Mereka baring mengadap sesama sendiri. Tiba-tiba tangan Yebin mencapai bahu Taeyang dan terus menepuk bahunya perlahan-lahan. "Kau ni dah kenapa tepuk-tepuk bahu orang" "Ini habit aku sebelum tido. Aku kena tepuk bantal peluk perlahan-lahan untuk cepat lena"
YOU ARE READING
Will You Go Out With Me? [Malay FF]
Fiksi PenggemarKehilangan orang tersayang bukannya perkara mudah bagi Taeyang yang baru sahaja kematian kekasihnya, Chaeyeon. Dia mencintai Chaeyeon separuh mati sehingga tidak mampu untuk membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. Pada suatu hari, Taeyang pulang...