ZELIA mengacau air di dalam cawannya. Selepas sahaja membayar dan menyimpan barang yang dibeli, dia dan Emir menuju ke kedai makan bersama Puan Min dan juga Harry.
"Betul ke Zelia ni bakal menantu mummy, Harry?" Zelia menggeleng laju. Harry yang mulut celopar itu dijeling. Harry tergelak kecil.
"Just kidding lah mom. Zelia ni dulu student Harry dekat kolej sebelum Harry pergi U.S. Selalu sangat kacau dia." Puan Min yang baru sahaja tersenyum gembira itu menampar bahu Harry.
"Main-main ye! Umur dah 28 tahun buat-buat lah bertaubat Harry, Emir. Carilah isteri buat teman hidup. Jangan nak berfoya-foya lagi. Nanti tak laku padan muka." Emir dan Harry tergelak.
"Apa Emir pun kena sekali aunty. Alaa rilek lah aunty. Ada jodoh kitorang kawin lah. Aunty sebenarnya risau nak cucu je tu." Emir mula bersuara.
"Hmm yelah tu. Zelia belajar lagi ya? Umur berapa?" Puan Min menumpukan perhatian kepada Zelia yang hanya senyap itu.
"Haah. Sem akhir. Graduate next month. Baru 22 tahun." Zelia tersenyum manis.
"Ohh. Muda lagi. Plan nak buat apa lepas habis belajar?" Zelia menyedut sedikit air sebelum menjawab.
"Zel rasa kerja dengan syarikat daddy dulu kut. Nak cari pengalaman. Malaslah nak pening kepala. Lagipun abang-abang Zel semua kerja dengan daddy. Lepas 3 or 4 bulan, Zel cari kerja lain tak pun sambung belajar lagi." Zelia bercerita senang.
"Ha bagus lah dah plan awal-awal. Tak macam budak dua ekor ni. Suka-suka je nak belajar and kerja ikut suka diorang." Zelia tergelak melihat Puan Min yang periang itu.
"Mummy ni dah ada geng, mula lah asyik nak kondem orang." Harry cemberut.
"Eh, bukannya selalu mummy ada kawan bila keluar. Biarlah mummy nak happy sekejap." Harry memutarkan bola matanya.
Zelia hanya tergelak melihat bekas pensyarahnya yang gila-gila itu dimarahi oleh ibunya.
"Eh, Harry. Dah petang dah ni. Jom lah balik." Puan Min memukul bahu Harry. "Aunty balik dulu Zel. Nanti kalau ada rezeki kita jumpa lagi." Zelia menyambut huluran tangan Puan Min lalu mencium tangan wanita itu.
"Ni kad Zel aunty. Nanti kalau aunty bosan takde kawan just give me a call. Nanti Zel datang ambil aunty kita jalan-jalan." Zelia menghulur kadnya kepada Puan Min.
"I will. It's great to see you." Puan Min mencium dahi Zelia. Zelia yang terkejut dengan tindakan wanita itu tersenyum.
Puan Min membalas lambaian Zelia lalu beredar bersama Harry yang juga melambai ke arah Zelia.
"You know that they're Chinese right?" Zelia memandang Emir yang menopang dagu itu.
"Of course I know. Harry was my teacher. Why?" Zelia tersenyum manis.
"Just saying." Emir mengangkat bahu.
"You nak tak?" Zelia menghulur kek cheese ke arah Emir. Lelaki itu membuka mulutnya menyambut suapan Zelia.
"I don't know why but I am very comfortable with you. You buat I tak rasa janggal. You ni memang suka goda orang eh?" Emir mengangkat keningnya berkali-kali.
"Hei! Manada." Zelia memukul bahu Emir yang tergelak melihat reaksi dirinya itu.
"Just kidding."
"Emir! Oh my god. I'm late! I'm late!" Zelia mula mengambil beg tangannya.
"Lambat? You kata you free harini?" Emir mengekori gadis itu.
"Yes memang I free. Tapi I lupa diorang tunggu I! Come on! You hantar I eh?" Zelia menarik tangan Emir.
Emir hanya mengangguk. Dia tidak percaya akan suaranya sekarang. Tangan lembut Zelia memegang tangannya. Sekali lagi.
Emir membetulkan pegangan tangan mereka.
Zelia yang memang sudah tidak tentu arah itu hanya diam tidak perasan dengan tindakan Emir.
(++++++)
YOU ARE READING
Dia Untukku √ (C)
Short StoryKisah sederhana ringkas mengenai Zelia Irdina Bella dan Aiden Emir Syah. Zelia, seorang gadis yang boleh dikatakan mempunyai segalanya bertemu dengan Aiden. Perkenalan singkat mereka membuat Delia mula suka dengan Aiden. Kemunculan Harry dan Nadine...