EMIR merenung telefon bimbitnya lama. Perbualan antara dirinya dan Zelia di aplikasi Whatsapp terpapar. Dia menggigit bibir kuat. Geram dengan diri sendiri. Bagaimana dia boleh terfikir hendak berkata begitu juga dia tidak tahu.
Dia sekali lagi membaca pesanan yang dihantar dari seminggu yang lepas tetapi hanya di'bluetick' oleh Zelia.
29th January 2017
Zelia?
22.01 pm √√You marah dekat I ke?
22.12 pm √√Kenapa you tak reply?
22.13 pm √√Reply lah please.
22.13 pm √√I tunggu you.
12.23 am √√31st January 2017
Hai, Zelia
14.20 pm √√1st February 2017
You still tak reply. :')
23.15 pm √√2nd February 2017
I tahu you sebenarnya suka dekat I
kan? Sebab tu you mengelak dari I. Tapi sayang I dah tersuka dekat Nadine.
22.50 pm√√Today
Zelia.
22.23 pm √√Jangan chat I lagi
23.59 pm √√
Emir mencampakkan dirinya ke atas katil. Bantalnya ditumbuk berkali-kali. Dia bukannya apa. Tetapi dia tercabar dengan Zelia yang langsung tidak mempedulikan dirinya.Selalunya, wanita dan gadis-gadis yang mengejarnya dan dia akan buat tidak tahu. Tetapi bukan Zelia. Dia mahukan Zelia. Dia nak Zelia menjadi miliknya.
Dia nakkan Zelia sangat-sangat.
Zelia buat dia fikir semula tindakan yang sudah dia lakukan. Zelia juga buat dia membuat sesuatu tanpa berfikir. Zelia buat dia tidak tidur malam ketika mereka mahu berjumpa.
Zelia, Zelia, Zelia.
Emir membaringkan diri dan menekup mukanya menggunakan lengan kanannya. Tangan kanannya yang menggenggam telefon digenggam kuat.
Pintu biliknya mula berbunyi kerana diketuk dari luar. Emir mengangkat lengannya.
"Abang! Mama panggil. Urgent." Emir mengeluh lalu membuka pintu menunjukkan Dani, adik lelakinya.
"Okay." Emir membontoti langkah adiknya menuju ke arah meja makan.
"Aiden! Sini. Mama nak cerita something." Puan Suhana menarik tangan anaknya.
"Kenapa ni mama?" Emir tersenyum melihat ibunya yang teruja itu.
"Tadi mama jumpa kawan lama mama! Ingat tak Aunty Dira? Ala, mesti Aiden tak ingat. Lagi pun masa tu Aiden kecik lagi. Baru 6 tahun tak silap." Puan Suhana tergelak.
Dani yang mula tahu yang ibunya mahu mengimbau cerita lama mula berlalu pergi. Kalau dia dengar pun, bukannya dia tahu apa-apa.
"Mama ni kut ye pun buka cerita zaman tadika Aiden. 6 tahun pula tu. Aiden dah 28 tahun, mama. Mana nak ingat." Aiden mengambil buah yang siap dipotong oleh ibunya lalu makan. Puan Suhana menepuk bahu Emir.
"Ada je nak cakap dia ni! Dengar lah ni mama nak cerita." Emir tersengih.
"Yelah, ni Aiden dengar."
"Tadi mama pergi tengok baju dekat butik yang selalu mama pergi tu. Jumpa dia dekat sana. And guess what, dia ada anak perempuan. Cantik and lembut. Sebiji muka mummy dia." Emir mula mahu mengeluh. Ini mesti kes mahu dia cepat kahwin.
"Lepas tu kitorang borak-borak. Anak kedua dia yang dulu selalu main dengan Aiden pun ada. Handsome sangat. Memang cantik-cantik muka anak dia. Yang sulung dengan kedua tu dia kata kerja dengan suami dia. Bagus kan." Emir seperti mahu memutarkan bola matanya tetapi ditahan.
"Anak perempuan dia tu baik betul. Ada ke patut dia bayarkan mama punya tudung. Dia kata dia tengah break. Bulan lepas baru graduate. Soon-to-be doctor, you know." Emir mengangguk kepala seperti berminat.
"Aiden kenal ke anak dia?" Tanya Emir berbasa-basi.
"Dulu Aunty Dira pregnantkan anak bongsu dia. Aiden selalu main dengan anak dia yang kedua tu lah. Anak sulung dia selalu layan korang main." Emir mengangguk.
"And, minggu depan diorang ajak kita sekeluarga datang rumah diorang. Papa pun okay. Make sure that you'll be there. Dani pun mama paksa ikut." Emir mengangguk. Tidak ada masalah.
"Cool."
(++++++)
Hai guys! Thank you for reading and the supports that you guys gave me. Really appreciate it.
YOU ARE READING
Dia Untukku √ (C)
Historia CortaKisah sederhana ringkas mengenai Zelia Irdina Bella dan Aiden Emir Syah. Zelia, seorang gadis yang boleh dikatakan mempunyai segalanya bertemu dengan Aiden. Perkenalan singkat mereka membuat Delia mula suka dengan Aiden. Kemunculan Harry dan Nadine...