HARRY dan Emir dengan serentak duduk di atas kerusi KFC itu. Pesanan mereka diletakkan di atas meja. Dani yang baru sahaja datang bersama air mereka duduk disebelah Harry.
Harry diam hormat apabila Emir dan Dani membaca doa makan. Doa makan yang sudah berkali-kali dia dengar rakan-rakannya baca, sudah pun tersemat di otaknya dan dihafal. Maksudnya juga telah diketahui.
"Semalam kau ikut ke mama pergi butik tu, Dani?" Dani yang sedar soalan itu dituju kepadanya mengangguk.
"Ikut. Nasib baik tak ramai orang. Suara mama dengan Aunty Dira bercakap je satu kedai tu boleh dengar. Belum diorang gelak lagi. Kak Bella pun tak habis menunduk je. Malu."
Harry tergelak. Boleh bayangkan bagaimana wanita yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri itu pada waktu itu.
"Diorang ada cakap apa-apa tak pasal aku?" Emir menggapai air pepsi dihadapannya.
"Ada. Dia kata nak kawinkan kau dengan Kak Bella." Emir yang sedang minum itu tersedak. Dani yang telah menipu abangnya itu tergelak. Harry pun turut gelak.
"Kau ni ha. Aku betul-betul ni." Tisu diambil lalu mengelap mulutnya.
"Kau ni bang. Jangan nak perasan sangatlah. Mama cerita biasa-biasa je pasal kau. Lagipun Kak Bella tu cantik gila. Takde dia nak kawin dengan kau. Baik dia kawin dengan aku." Dani tersengih. Mula teringat anak kepada kawan baik ibunya.
"SPM pun tak lepas lagi sibuk nak kawin. Belajar dulu lah Dani. Kalau tak nan-" Dani membaling kentang ke arah Harry yang mula masuk kepada mood gurunya itu.
"Alahai. Dani gurau je lah. Susah lah kalau duduk semeja dengan orang-orang tua ni. Memang terasa generation gap dia."
Emir dan Harry serta merta mengangkat tangan untuk memukul Dani. Tetapi cepat ditahan oleh Dani.
"Ha kau ni. Ada juga aku pelempang kang. 28 tahun untuk lelaki dikira muda okay." Harry mula beralasan.
"Gurau je lah! Tak payah lah pukul. Tak best betul lepak dengan korang berdua ni. Baik lepak dengan Kak Bella. Ada juga dia belanja." Emir menjeling.
"Tak hehabis kau dengan Kak Bella kau." Dani menjelir lidah.
"Serious, Kak Bella baik gila. Semalam kitorang keluar tu semua dia yang bayar." Harry mengangkat kening. Berminat dengan cerita Dani.
"Kenapa dia baik sangat dengan kau?" Dani tersengih dengan soalan Harry.
"Dia kata dia takde adik. Abang dia yang dua orang tu selalu kerja. Jumpa pun malam je. Abang dia yang sulung tu selalu dekat oversea. Dia ajak Dani keluar esok fyi." Emir mencebik.
"Ingat. Kau tu baru 17 tahun, Aizan Dani Syah. Bawah umur lagi. Jangan nak menggatal dengan anak dara orang." Dani memutarkan bola matanya. Ayam dihadapannya di ambil.
Termasuk itu, sudah tiga ketul dia makan.
x
Dani berlari anak ke arah kereta milik anak kepada kawan ibunya itu. Dia tersengih melihat gadis itu lalu membuka pintu kereta untuk masuk.
"Hai, Kak Bell. Assalamualaikum." Gadis itu tersenyum melihat Dani yang selalu bersemangat itu.
"Waalaikumsalam. Dani betul ke nak teman akak ni? Akak nak pergi shopping sikit dulu." Bella menghidupkan enjin kereta. Tangan memegang stereng manakala matanya tertumpu kepada Dani.
"No hal lah. Dani dah selalu ikut mama pergi shopping pun. Nak harapkan Abang Aiden memang jangan haraplah." Bella tergelak melihat Dani yang merungut itu. Dia menurunkan brek tangan lalu memandu keluar dari kawasan perumahan itu.
x
"Dani! Sini kejap." Dani yang sedang membelek baju itu menuju ke arah Bella.
"Apa dia?" Bella tersengih lalu menunjuk selendang yang dipegang.
"Dani rasa kan. Kalau akak pakai tudung okay tak?" Bella meletakkan selendang dikepalanya lalu diselempang.
"Bagi Dani lah kan. Semua perempuan yang bertudung semua cantik. Lagi-lagi Kak Bella." Bella memutarkan bola matanya. Senyuman di bibir tak pernah lekang dibibir. Dani ni memang pandai ambil hati orang.
"Dani ni memang sweet talker kan!" Bahu Dani ditepuk. Selendang itu diletakkan semula ditempatnya.
"Jomlah. Akak belanja Dani tengok wayang. Lepas tu kita pergi makan." Bella menarik lengan Dani.
"Akak pergi dulu. Dani nak pergi toilet." Bella mengangguk.
(++++++)
YOU ARE READING
Dia Untukku √ (C)
Short StoryKisah sederhana ringkas mengenai Zelia Irdina Bella dan Aiden Emir Syah. Zelia, seorang gadis yang boleh dikatakan mempunyai segalanya bertemu dengan Aiden. Perkenalan singkat mereka membuat Delia mula suka dengan Aiden. Kemunculan Harry dan Nadine...