(05)

389 16 3
                                    

Dedicate to; AqisyinCharm_

TEKO yang berisi air kopi itu diletakkan ke atas meja oleh Emir. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi. Gadis dihadapannya ini dipandang.

Tidak ada perasaan malu langsung ke sampai datang ke rumahnya petang begini? Padahal tidak sampai seminggu mereka berkenalan. Dia yang baru balik dari kerja cuba menahan penat yang dari tadi terasa.

"Emir, I cakap dengan you ni." Lamunan Emir terhenti apabila Nadine mula bersuara.

"Apa dia? Sorry I teringat hal kerja tadi." Emir beralasan. Nadine yang sememangnya sengal itu hanya mengangguk percaya.

"I tanya tadi. You nak tak ikut I malam ni? Ada satu club ni baru buka. Kawan-kawan I kata best!" Nadine memegang tangan Emir.

Emir dengan teragak-agak menarik tangannya. Tangan Nadine jauh beza dengan tangan Zelia.

"Sorry. Esok I nak kerja. Tak boleh." Nadine memutarkan bola matanya dengan jawapan Emir.

"Come on lah. Hari tu kita pergi hari Isnin kut. Tu tak kerja?" Nadine tidak mahu mengalah.

"I takde mood lah, Nadine. You ajak orang lain lah. Cuba ajak Zelia." Emir mula memberi cadangan sekaligus mahu mengorek rahsia Zelia.

"Ish you ni. Zel tu bukan budak club lah! Bosan! You tengok je dia pakai terdedah sana, terdedah sini. Tapi dia solat tau! Hahaha. Kelakar kan?" Nadine mula menggelakkan rakannya yang tiada di situ.

Kening Emir terangkat. Otaknya puas memikirkan bagaimana Zelia boleh berkawan rapat dengan Nadine yang langsung tidak menghargai gadis itu.

Emir mula bangun. Teko dan cawan yang berada di atas meja dikutip.

"You nak pergi mana, Emir?" Nadine juga turut bangun.

"I nak masuk dalam. Nak mandi and solat. You pergi lah balik. Tak baik anak dara merayau dah nak dekat Maghrib macam ni. Okaylah, Assalamualaikum." Emir dengan cepat meninggalkan Nadine yang terkulat-kulat disitu.

"Emir! Emir!!" Nadine menjerit nama lelaki itu. Tetapi tidak dihiraukan.

(++++++)

Hai! As you guys can see, I'm dedicating this chapter to AqisyinCharm_ ! Thank you for voting!

Dia Untukku √ (C)Where stories live. Discover now