(11)

488 19 3
                                    

Setahun beberapa bulan kemudian

"Mama. Please lah. Aiden penatlah. Nanti-nanti lah ya?" Aiden mengusap tangan ibunya.

"Sayang. Please lah. Aiden dah 29 tahun tau! Sekarang ni dah bulan berapa. Nanti pejam celik, pejam celik dah 30 tahun. Nanti tak laku tahulah."

Emir memegang kepala. Fikirannya berserabut sekarang ini. Dengan hal pejabat yang tidak pernah selesai. Satu siap, satu lagi yang datang. Diri dia tidak pernah berehat sejak kebelakangan ini.

Zelia pula, langsung tiada berita. Terus menghilang. Bila cuba dihubungi, tidak dijawab. Pesanan Whatsapp pun hanya di'bluetick'

Mamanya pula sibuk hendak dia berkahwin dengan Bella. Kononnya supaya lebih bertanggungjawab. Memang tidaklah dia hendak turuti permintaan ibunya. Dia hanya mahu Zelia. Hanya Zelia.

Emir berjumpa dengan gadis itu pun belum. Sibuk hendak dikahwinkan. Dia bukan hendak derhaka atau apa. Tapi ini soal masa hadapannya. Memang lah dia taknak.

"Aiden! Dengar tak ni mama cakap? Bella ni baik lah, sayang." Emir mengeluh.

"Ma, Aiden tak pernah jumpa pun dengan the-so-called-Bella ni. Aiden tak tahu pun muka dia macam mana, perangai dia macam mana. Memang lah Aiden taknak. Mama ni pun. Ni soal masa depan Aiden tau. Lagipun Aiden tengah tunggu someone." Puan Suhana tergelak kecil.

"Lahh. Sebab tu ke Aiden taknak?" Emir mengangguk. "Apa nama 'someone' yang Aiden tunggu ni?" sambung Puan Suhana lagi.

"Zelia." Mata Puan Suhana membulat.

"Zelia? Apa nama penuh dia?" Emir mengerutkan dahi dengan kata-kata ibunya. Tidak cukupkah dia memberitahu nama panggilan wanita yang dicintainya itu.

"Zelia Irdina umm. Nama last sekali dia Aiden tak ingat seb-"

"AIDEN!!" Bahu Emir terhinjut. Terkejut dengan sergahan ibunya.

"Mama kenapa menjerit ni? Terkejut Aiden." Puan Suhana yang tersenyum.bagai kerang busuk itu dilihat.

"Bella ni lah 'someone' yang Aiden tunggu tu! Zelia Irdina Bella!" Mata Emir membulat. Ibunya yang sedang membelek telefonnya itu dipandang.

"Seriously, Ma? Mama jangan tipu Aiden. Dah setahun lebih Aiden tunggu Zelia." Puan Suhana dengan semangat menggeleng. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.

"Ni Bella. Cuba Aiden tengok betul-betul. Dani selalu bagi gambar diorang keluar sama-sama dalam group Whatsapp. Takkan Aiden tak tengok?" Aiden tersengih sambil menggeleng.

"Aiden mana join sangat benda tu semua. Aiden tak download gambar-gambar yang diorang pun." Telefon ibunya dicapai. Gambar selfie Dani dan Zelia itu ditatap.

Dia tersenyum lega melihat Zelia..Zelia dah bertudung. Manis muka dia. Dia mengeluh kesal.

"Mama kenapa tak cakap awal-awal? Dah bazir masa setahun setengah Aiden. Kalau tak sekarang dah kahwin dah. Aiden ni tak lama lagi dah masuk 30 tahun!" Bibir Aiden tidak boleh berhenti dari senyum. Puan Suhana mencekak pinggang.

"Eh eh budak bertuah ni. Mama pelekung kang. Mama dari first time jumpa Bella dah bagi signal dekat Aiden suruh masuk line. Tapi apa Aiden buat? Kata soal masa depan lah. Tunggu someone lah. Tengok siapa someone Aiden tu? Bella yang mama selalu cakapkan tu jugak." Aiden tersengih. Tengkuknya diusap.

"Yelah-yelah. Semua Aiden yang salah." Aiden mencium tangan ibunya.

Ayah Aiden Tuan Harith Charles mendekati. Tangannya memegang buku.

"Apa bising-bising ni? Aiden?" kata Tuan Harith yang sudah fasih berbahasa melayu itu.

"Awak tengok anak awak ni. Saya dah banyak kali suruh dia kahwin dengan Bella. Dah setahun lebih dah! Baru tahu tadi rupa-rupanya sebab dia tunggu someone. Someone yang dia tunggu tu Bella!" Tuan Harith menggeleng kepala. Bibirnya tersenyum kecil.

"Ada hikmahnya kenapa Aiden kena dengar cakap mama. Tengok? Siapa yang rugi?" Aiden menunduk mendengar nasihat ayahnya.

"Aiden yang rugi."

"Bila Aiden nak masuk meminang?" Soalan ibunya membuat dia berfikir.

"Minggu depan?" Mata Puan Suhana dan Tuan Harith membulat.

"What? Dah setahun lebih. So, Aiden taknak bazir masa." Aiden yang tersengih mengangkat bahu. Ibu dan ayahnya menggeleng.

"Up to you lah. Mama dengan papa ikut je." Aiden mengucap syukur dengan kata-kata ayahnya.

x

Seminggu berlalu..

Zelia melihat cincin dijari manisnya. Batu permata di atas cincin tersebut diusap menggunakan ibu jari.

Pagi tadi rombongan meminang datang. Zelia yang seboleh-boleh mengharap.perkara ini tidak terjadi hanya mampu bersedih. Tidak dijangka yang pagi tadi juga dia sah jadi tunangan orang.

Dia mengeluh. Demi untuk melupakan perasaan terhadap Emir, sanggup Zelia menghabiskan masa dua tahun di negara orang.

Dirinya juga dikorban untuk diperisterikan oleh seseorang yang tidak dikenali kerana terikat dengan janji yang telah dibuat antara dia dan ibubapanya.

Semasa dia menyampaikan berita tentang hasrat dirinya untuk ke kota London, ibubapanya menghalang. Tetapi akibat kerana tekad, dia tetap berdegil sehingga ibubapanya bersetuju. Kata-kata ayahnya masih segar diingatan.

"Dengan syarat, Zelia kena kahwin dengan Aiden."

Tbc

Hai. I ingat nak buat jadi 20 chapter je. Sebab tu I cepatkan cerita ni. So, whatever okay.

.

Dia Untukku √ (C)Where stories live. Discover now