(06)

415 16 1
                                    

"Abang Zaf rasa Zelia tu serious ke? Kesian pula Han tengok dekat dia." Zulhan dan Zafirul sedang makan di kedai mamak apabila Zulhan tiba-tiba membuka cerita tentang Zelia.

"Abang Zaf tak tahu nak cakap apa. Zelia tu dah lah lembut hati. Abang Zaf takut dia yang sedih nanti. Han tu, tengok-tengok kan Zelia bila Abang Zaf balik London nanti." Zulhan mencebik.

"Abang Zaf ni cakap macam tak balik sini lagi je." Zafirul menggeleng kepala. Penat cakap dengan Zulhan. Ada sahaja otak adiknya ini terpesong hal lain.

"Ni Abang Zaf pesan je. 3-4 bulan tu tak lama ke? Memang lah Abang Zaf balik sini, tapi dalam sebulan dua je kan." Zulhan memutarkan bola matanya.

Zafirul memang ada rumah sendiri di London. Di sebabkan cawangan perniagaan ayahnya sudah berkembang di sana, ayahnya menugaskannya di sana.

Mula-mula memang keluarganya yang lain susah hendak lepaskan Zafirul. Lagi-lagi Zelia. Hampir dua hari Zelia tidak mengeluarkan diri dari bilik apabila mengetahui hal tersebut. Ayahnya juga dipalau kerana menyuruh Zafirul membuat kerja yang baginya entah apa-apa.

"Ni ha, adik Abang Zaf tu dah call. Panjang umur." Zulhan menunjuk telefonnya yang memapar gambar Zelia tanda adiknya itu menelefon dirinya kepada Zafirul.

"Hello, Zel." Zulhan menyapa. Butang pembesar suara ditekan.

"Tapaukan Zel. Macam biasa." Zulhan membuat muka.

"Bagi salam takde, jawab helo takde. Nak menyuruh orang pula." Zafirul tergelak kecil dengan kata-kata Zulhan yang jelas menunjukkan geram dengan Zelia yang suka mengarah orang itu.

"Alaa. Tolonglah. Zel tengah busy ni. Tolong tau." Belum sempat Zulhan hendak membalas, panggilan itu dimatikan oleh Zelia.

Zulhan meletakkan telefonnya di atas meja. Mulutnya membebel. Zafirul yang sudah biasa dengan adik-adiknya yang selalu gaduh manja itu hanya tersenyum.

"Busy hanguk dia. Ingat tak tahu lah tu busy dengan Korea dia. Sepuk nanti baru tah-tengok dia call lagi." Zulhan menjawab panggilan itu. Pembesar suara tidak lupa dibuka.

"Yo, my loser bros. Esok you guys jangan lupa. Kemas rumah sampai bersih tau. Tengok jam sekarang pukul berapa, hari apa. Bye." Panggilan dimatikan.

Zafirul dan Zulhan memandang antara satu sama lain lalu mengerang.

9.50 malam, Sabtu.

Habislah mereka esok.

x

Zelia meninjau ke ruang tamu. Dia berdehem lalu berjalan ke arah kedua abangnya yang sedang mengemas ruang tamu itu. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa empuk ibunya. Kakinya disilangkan.

"Harinikan, Zel rasa macam rumah ni dua kali bersih lah. Sebab apa eh?" Zelia memandang ke arah abangnya. Kedua-dua kening diangkat beberapa kali.

Zafirul yang cuba memekakkan telinga gagal apabila Zulhan mula membuka mulut.

"Zel tak payah nak perli lah. Sibuk je budak ni. Hempuk dengan vakuum ni kang." Zulhan mengangkat vakuum yang digunakan untuk menyedut habuk itu tadi cuba menakutkan Zelia.

Zelia yang sememangnya suka mengusik abangnya mencebik. Kukunya dilihat lalu dihembus seperti ada kotoran yang melekat.

"Eleh. Ingat Zel takut ke ha? Report dekat daddy baru tahu. Tak silap Abang Han yang kena hempuk." Zulhan mendekati Zelia yang menyakitkan hati itu. Belum sempat dia hendak buat apa-apa satu suara memberhentikan perbuatannya.

"Zulhan Khair! Macam mana buat kerja ni? Banyak habuk dekat sini!" Zafirul dan Zelia menggelakkan Zulhan yang tergopoh-gapah kerana akan dibebel oleh ibu mereka.

"Ya Allah! Zafirul Haidi! Nasib baik mummy tak terjatuh. Air mop tu berlecak dekat sini!" Zelia tergelak besar.

Kali ini Zafirul pula yang menggelabah.

x

"

Kenapa I rasa you macam mengelak dari I eh?" Zelia yang baru sahaja hendak masuk ke dalam kereta terkejut.

Dia menoleh ke belakang melihat gerangan suara itu. Bibirnya digigit melihat Emir yang berpakaian kerjanya; kemeja.

"Um, hai Emir." Zelia menutup pintu keretanya.

"Kenapa you mengelak dari I?" Emir menyilangkan tangannya.

"Mana ada I mengelak dari you." Zelia bermain dengan jarinya.

"I call tak angkat, chat tak balas. Bila I keluar dengan Harry elok pula dia bercerita pasal you guys keluar lah, apa lah." Zelia mendiamkan diri. Tidak tahu hendak kata apa.

"You sukakan I ke?" Jantung Zelia bagaikan hendak meletup apabila Emir menanyakan soalan itu.

"Kalau you suka I, awal-awal I nak kata. Please don't. I takut I tak boleh balas perasaan you sebab I sekarang macam suka dekat Nadine." Nafas Zelia terberhenti di tekak.

"Oh. Okay." Zelia mendekatkan fail yang dari tadi dipegang itu ke dadanya yang sakit itu. Kepalanya ditundukkan cuba menahan air mata yang ingin mengalir.

"Zelia-" Emir yang baru sahaja hendak bercakap itu dipotong oleh Zelia.

"Bye, Emir." Zelia masuk ke dalam kereta. Tali pinggang dipakai lalu beredar dari situ.

Emir mengusap mukanya. Kereta Zelia yang laju itu hanya dipandang.

'I tipu je. I suka you.'

Kata-kata itu hanya berlegar di hatinya sahaja.

(++++++)

I know that this chapter doesn't make any sense. HAHAHAHA sebab rasa macam lembab gila namati drama nak start. So yeah, enjoy.

Trust me, this story is going to be crazy. ;D

Dia Untukku √ (C)Where stories live. Discover now