(09)

413 18 0
                                    

MEREKA berdua keluar dari pawagam tersebut. Dani yang menyedut air itu mula teringat. Beg kecil yang dari tadi dijinjing dihulurkan kepada Bella.

"Nah Kak Bella. Hadiah dari Dani." Bella menjongket kening.

Beg itu diambil lalu dilihat isinya. Dia tergelak kecil melihat selendang berwarna pink yang dipegang tadi dan beberapa helai selendang berlainan warna di dalamnya.

"Dani ni kan. Akak boleh beli sendiri lah. Anyway thanks. Bila Dani beli ni?" Bella menghulur popcorn ke arah Dani.

"Tadi masa Dani pergi toilet tu. Sorry lah, Dani tak pandai sangat pilih shawl. Ni pun Dani main amik mana yang Dani rasa okay. Tapi serious Dani cakap. Kak Bella cantik sangat pakai tudung. Comel." Pipi Bella mula memerah kerana dipuji oleh Dani yang sudah dianggap seperti adik itu.

"Thank you Dani. Akak memang dah berniat nak pakai tudung pun. Rasa macam jahil bila sembahyang tapi tak pakai tudung. Tengok kawan-kawan akak ramai yang bertudung. Rasa segan and malu pun ada bila kita pakai terdedah sana sini." Bella mengusap tengkuknya.

"No problem lah Kak Bella. Dani memang dari dulu nak kakak tau! Tapi mama bagi Abang Aiden pula. Anyway, yang Dani tahu nanti Kak Bella send gambar!" Bella tergelak kecil lalu mengangguk.

"InshaAllah. Nanti kalau Dani nak keluar ke apa Dani call je akak. Akak teman Dani. Tapi sebelum akak sambung Master ni lah." Mata Dani membulat.

"Alaa Kak Bella nak sambung belajar dah ke?! Baru kenal dah nak pergi! Belajar kat mana? Bukan baru graduate last month ke?" Dani menggoncang bahu Bella perlahan.

"Memang baru graduate pun. Tapi rasa macam bazir masa. Dah alang-alang ni sambung je lah. Akak ingat nak ikut abang akak yang first tu belajar dekat London. Dia kerja dekat sana." Bella menggigit bibirnya yang tersenyum kecil.

"Kak Bella! Jauhnya! Ingatkan dalam Malaysia ni je. Ni sampai London pula!." Dani menyilang tangannya di dada.

"Ala, akak belajar dua tahun je dekat sana. Nanti cuti akak balik lah. Kita jumpa." Bella melanggar bahu Dani perlahan.

"Yelah. Akak jangan lupakan Dani pula!" Bella tergelak lalu mengangguk.

"Takkan punya. Akak dah anggap Dani macam adik akak tau!" Bella menggosok kepala Dani.

"You better be because I'm starting to like you." Tangan Bella ditepis perlahan kerana mula menyerabaikan rambutnya.

"I like you too dummy. Jom makan."

(++++++)

Hai. Assalamualaikum guys! So today I punya exam officially habis. And suprisingly, my biology's mark paper one is quiet high. Lol.

Do vote and comment!

Kalau dah reach 3 votes I update. Tu pun kalau you guys rasa nak baca lah. Sebab i takde masalah nak delete cerita ni 😪

Anyway, selamat menyambut bulan Ramadhan guys. Ingat. Banyakkan buat amalan baik sebab pahala kita akan berlipat ganda macam biasa. Elakkan dari melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa and buruk.

Your author.

Dia Untukku √ (C)Where stories live. Discover now