(15)

732 24 1
                                    

Dedicated to AimanAleya

AIR mata Zelia menitis juga. Dahinya masih terasa panas kerana dicium oleh Emir. Bunyi kamera yang kedengaran itu menangkap situasi ini untuk dijadikan kenangan.

Sisa air matanya diseka oleh seseorang. Emir dihadapannya dihadiahi senyuman pahit.

"Awak tak happy ke?" Soalan Emir itu membuat dia rasa sebak. Kepalanya digeleng perlahan.

Gelaran mereka juga telah berubah. Dari I-you ke awak-saya. Kata Emir gelaran dahulu itu seperti tidak mesra. Zelia hanya menurut sahaja permintaan Emir itu.

"Mana ada. Cuma tak percaya." Emir meletakkan tapak tangannya di atas kepala Zelia. Memujuk gadis yang sudah bergelar isterinya.

"Saya janji Zelia, saya akan jaga awak sepenuh hati saya." Zelia tersenyum.

"Dahlah tu berdrama! Orang nak balik dah ni." Suara Zulhan membuat orang ramai mentertawakan mereka. Pipi merah Zelia diusap oleh Emir.

"Jom. Salam parents kita dulu."

xx

"

Nak pergi mana?" Zelia yang masih memakai baju ketika bersanding itu berhenti. Terbantut niat dia untuk pergi ke bilik.

"Saya nak tukar baju. Panas. Dah takde orang dah kan?" Emir menggeleng. Zelia yang bergerak ke bilik hanya dipandang.

"Weh, Emir. Aku balik dululah. Badan aku dah melekit ni. Mak aku dah jumpa kau kan?" Harry menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Dah jumpa dah. Esok jangan lupa datang. Aku ada buat makan-makan sikit. Family aku mana yang tak dapat datang harini ada esok. Jangan risau. Nadine ada." Harry tergelak lalu mengangguk.

"Okay bro. Anyway, tahniah. Aku nak pergi jumpa mak dengan ayah kau jap." Mereka berpelukan.

Emir menghembus nafas panjang. Semua yang dirancang semua berjalan dengan lancar. Kakinya mula menuju ke arah bilik tidur dia dan Zelia.

Zelia yang sedang menyikat rambut itu mengeras. Mula rasa malu. Memang mereka sudah tidur sekatil tetapi semalam dia penat dan terus tidur. Pagi sahaja dia sudah lihat Emir tidur disebelahnya.

"Tolong cari baju saya boleh? Saya nak mandi." Zelia mengangguk. Tidak mahu memandang Emir yang tidak berbaju itu.

Dia menuju ke arah almari dan mengeluarkan baju lalu diletakkan di atas katil. Baju melayu yang dipakai oleh Emir tadi dikutip.

Telefonnya yang sudah lama tidak diusik di ambil. Daripada semalam notifikasinya tidak berhenti berbunyi. Ucapan tahniah oleh rakan-rakannya sewaktu di London dibaca lalu dibalas.

"Cakap dekat kawan awak saya kata thanks juga tau." Hampir terpelanting telefon yang dipegang apabila Emir berkata begitu. Betul-betul disebelah telinganya.

"Emir! Terkejut lah! Cepatnya awak mandi. Pakailah baju." Zelia menjarakkan dirinya daripada Emir yang hanya bertuala itu.

"Eleh. Buat-buat malu. Semalam saya tidur tak pakai baju awak siap peluk lagi." Pipi Zelia makin memerah.

"Awak ni kan. Malas nak layan." Zelia mula bergerak ke arah pintu tetapi cepat ditahan oleh Emir.

"Okay, okay. Saya pakai baju lah ni. Janganlah merajuk." Tangan Zelia ditarik lalu menyuruh gadis itu duduk di atas katil.

Emir menghilangkan diri bersama baju yang diambil oleh Zelia tadi ke dalam tandas. Dia muncul semula bersama tuala.

"Cepatlah Emir. Saya nak tolong mummy dengan mama." Emir memutarkan bola matanya.

"Awak ni dengan saya pun nak berkira. Pergilah." Emir mula terasa dengan Zelia. Tuala itu disangkut ke tempat penyidai.

"Ala, Emir janganlah macam ni. Cepatlah. Saya tunggu lah ni." Emir hanya diam. Dia menyibukkan diri dengan melihat cermin.

"Emir. Janganlah merajuk." Zelia mula rasa serba salah.

Dia menarik nafas panjang lalu dilepaskan. Dirinya diberanikan lalu menuju ke arah Emir. Tangan lelaki itu ditarik lalu dibawa ke arah katil. Menyuruh duduk. Emir hanya menurut.

"Saya tunggu ni." Emir tersenyum. Sayang juga Zelia dekat dirinya. Pegangan tangannya dieratkan.

"Tahu takut." Kepala Zelia yang tidak bertudung itu diusap.

Dia menganjakkan diri ke arah meja lampu tidur di belakang Zelia dan mengambil kotak kecil di dalam laci. Kotak itu lalu dihulur ke arah Zelia.

"Apa ni?" Zelia mengambil. Emir mengisyaratkan Zelia supaya membuka kotak itu.

"Rantai? Emir awak dah banyak bagi barang dekat saya. Haritu beg dengan gelang. Kali ni rantai pula?" Zelia mengangkat keningnya.

"Rantai ni dah lama saya simpan tau. Dah lama saya nak bagi tapi awak lari pergi London." Zelia menggeleng sambil tersenyum.

"Betul ni? Awak dah lama beli?" Emir tergelak lalu mengangguk.

"Cantik." Loket itu diusap. Emir mengambil rantai itu lalu dipasangkan ke leher jenjang Zelia yang putih melepak itu.

"Zel, saya nak minta maaf sangat-sangat dengan apa yang saya dah buat selama ni dekat awak. Saya tahu saya bagi awak fake hope. Saya sebenarnya ego. Saya takut awak tolak cinta saya. Sebab tu saya cakap bukan-bukan. Saya sayang sangat dekat awak."

Mata Emir tidak sekali pun lari dari memandang muka comel Zelia yang sudah memerah itu. Zelia menggaru lehernya yang tidak gatal. Kepalanya menunduk.

"Sini kejap." Zelia berkata perlahan.

Tangannya dilambai supaya suaminya mendekatkan dirinya supaya rapat. Apabila Emir sudah berlaku sedemikian, Zelia merangkul leher lelaki itu. Bibirnya dilekatkan ke kedua-dua pipi Emir.

"Saya pun sayang awak, Emir." Dengan suara yang perlahan, Zelia meluah.

Emir yang tercengang mula tersenyum. Kepala Zelia diusap perlahan.

"Saya nak minta satu benda boleh?" Zelia yang sibuk membelek rantai itu memandang Emir.

"Apa dia?"

"Panggil saya abang." Mata Zelia membulat.

"TAKNAK"

FIN

Hai guys. Assalamualaikum. Don't forget to leave a comment and vote.

AimanAleya , thank you for voting! I hope you enjoy this chapter.

ANNNDDDDD IT'S A WRAP! I'll just end this book here. You can imagine what you want. I don't want to ruin this story with any of my silly idea anymore.

Dia Untukku √ (C)Where stories live. Discover now