TUAN Adnan melihat fail kerja yang berada dihadapannya ini. Bibirnya dicebik melihat prestasi Zelia yang boleh dipanggil 'successfull' itu. Walaupun kerja ini dalam luar bidang anak gadisnya, tetapi Zelia mampu menjayakannya.
Fail itu diletak lalu menghembus nafas panjang. Dia bangun dari kerusinya dan bergerak perlahan ke arah tingkap besar yang menampakkan pemandangan di kawasan luar bangunan pejabatnya.
Dia rasa seperti tidak percaya. Lagi seminggu, satu-satu anak perempuan yang dimiliki oleh dirinya akan berkahwin. Dia mula rasa serba salah kerana berbuat sedemikian tetapi setelah melihat layanan bakal suami Zelia itu dia berasa lega.
Tuan Adnan mengelap air mata yang hendak menitis apabila terdengar ketukan. Dia berdeham untuk menghilangkan sebak di dada.
"Daddy, jom lunch?" Dia tersenyum melihat anaknya. Cepat sahaja muncul.
"Ya Allah. Daddy tak perasan dah masuk waktu lunch. Jom." Zelia tersenyum manis melihat ayahnya yang kelam kabut berjalan.
Tuan Adnan mengusap kepala Zelia yang bertudung itu sebelum berjalan seiringan.
Betapa dia sebak apabila melihat anak gadisnya mula berhijab. Memang dia tidak memberi apa-apa galakan, tetapi kalau hal beribadah seperti solat dia bertegas.
"Aiden dah sampai?" Zelia memutarkan bola matanya apabila nama Emir disebut.
"Dia awal-awal dah terpacak dekat depan Zel. Serabutlah." Tuan Adnan menggeleng kepala.
"Ni sebelum kahwin bolehlah nak layan macam ni. Tapi ingat, lepas kahwin layan elok-elok. Berdosa kalau ingkar cakap suami." Zelia mengetap bibir.
xx
Hari Perkahwinan
Zelia menggigit bibir. Sekejap dia bangun, sekejap dia duduk. Nadine yang melihat menggeleng. Tudung yang dipakai diselempang sebelum bergerak ke arah Zelia.
"Zel, can you stop? Pening lah I tengok you ni." Nadine memegang bahu Zelia.
"No, Naddy. Macam mana kalau I tak bahagia? Macam mana kalau nanti lama-lama dia tak suka I?" Nadine tergelak.
"Babe! I berani potong jarilah yang Emir tu takkan pernah niat nak lukakan you. Dia sayang gila dekat you. Masa you dekat London, dia cari you macam orang gila tau!" Nadine duduk disebelah Zelia. Bahu kawan baiknya itu dipeluk.
"So, you kena percaya dekat parents you. Ini takdir Allah Zel. Jodoh you." Sambung Nadine. Zelia menggigit bibir lalu mengangguk.
"Hoi Harry. Kau ni semak betul. Ni bilik orang perempuanlah. Tak malu!" Suara lembut ala-ala jantan mak andam yang merias Zelia mula kedengaran.
Zelia dan Nadine memandang ke arah Harry yang memasukkan kepala di celah pintu. Tujuan untuk meninjau lah apa lagi.
"Hai Zel! Umm, Hai Naddy." Zelia memutarkan bola matanya melihat Nadine yang seperti ulat gonggok menyandar di belakangnya. Malu konon.
"You nak apa?" Harry yang terseksa kerana membongkok itu memegang pintu.
"Masuk je lah sengal. Daripada kau seksa diri kau." Harry menjeling mak andam pondan itu. Menyibuk je.
Pintu ditolak lalu badannya ditegakkan. Dia membetulkan kedudukan baju melayunya. Poketnya diraba mencari sesuatu.
"Nah, ni Emir bagi." Sepucuk surat dihulur ke arah Zelia yang masih duduk di atas kerusi dihadapan meja solek itu.
"Emir bagi?" Harry mengangguk. Selepas surat bertukar tangan sempat dia berkata.
"Selamat pengantin baru Zelia." Zelia tersenyum kecil.
"Bye Naddy." Zelia memutarkan bola matanya. Baru sahaja hendak berasa serba salah kerana memberi harapan palsu kepada Harry.
"Bye Harry." Perlahan suara Nadine membalas.
"Berambus je lah. Sibuk nak sweet dekat sini apahal." Mereka bertiga menjeling mak andam pondan itu.
Tbc
Hai. So before kita pergi sekolah esok, why not I update en.
Do vote and comment and I'll dedicate the upcoming chapter for you guys!
YOU ARE READING
Dia Untukku √ (C)
Short StoryKisah sederhana ringkas mengenai Zelia Irdina Bella dan Aiden Emir Syah. Zelia, seorang gadis yang boleh dikatakan mempunyai segalanya bertemu dengan Aiden. Perkenalan singkat mereka membuat Delia mula suka dengan Aiden. Kemunculan Harry dan Nadine...