(13)

478 16 0
                                    

"Y-you.." Zelia seperti tidak tahu bercakap sekarang ini. Emir yang berada dihadapannya sekarang ini tergelak kecil.

"I apa? Sampai hati you Zelia. Tinggalkan I. You pergi London pun I tahu dari orang lain." Zelia mengetap gigi. Segala barangnya diambil lalu berdiri.

"I nak balik!" Emir juga turut berdiri. Takut dengan kata-kata gadis itu. Kalau betul gadis itu pergi, naya dia.

"Kenapa? Sebab I yang jadi bakal suami you." Zelia menghembus nafas kasar.

"You penipu." Mata Aiden membesar.

"Apa yang I tipu you?" Zelia mula ingin berlalu pergi tetapi cepat ditahan oleh Aiden.

"Emir! Lepaskan I." Zelia menarik tangannya. Shawlnya di kebelakangkan sedikit supaya selesa.

"Okay, I lepaskan. Sorry tak sengaja. Tapi you kena dengar apa yang I nak cakap." Emie menarik tangannya yang memegang lengan Zelia yang berlapik dengan baju itu.

"Taknak! I nak balik." Emir seperti mahu menghentak kepalanya di atas meja sekarang ini. Punya lah degil si Zelia ni.

"Mummy you macam mana?" Zelia mendengus. Ibunya yang menghilang itu membuat dia berhenti. Emir dihadapan dijeling.

"Ha tahu you takut." Emir tersengih. Tetapi tidak lama apabila Zelia mengangkat tangan untuk mencepuk dirinya.

"Ha! Tak baik layan I macam ni. I ni bakal suami you tau!" Zelia mengetap giginya. Tangannya diturunkan.

Emir dihadap tersengih. Zelia hanya mampu menjeling.

xx

"

Cepatlah sikit, Emir." Zelia cuba menenangkan dirinya. Emir yang berterusan menyakitkan hatinya dihiraukan.

Emir yang agak jauh ketinggalan dibelakang itu menolak troli yang berisi barang dapur itu.

Ibu-ibu mereka pula, masa-masa macam ini meminta dia untuk masaklah. Apalah. Dia sebagai anak yang baik hanya menurut. Kalau tidak, ada yang dicop sebagai pemalas dan tidak pernah masuk dapur.

"Sabarlah sikit. You ni asyik nak berkepit je kenapa ni? Takut I tinggalkan you eh?" Emir yang sudah berada di tepi Zelia melanggar perlahan bahu gadis itu.

"You ni kan! I cepuk nanti tahu lah. Pergi lah main jauh-jauh. Biar I je yang cari barang." Zelia menolak Emir. Troli itu diambil lalu ditolak jauh dari Emir.

Emir yang tersengih itu berlari anak mengejar Zelia yang semakin menjauh.

"Zelia! Tunggu lah. I nak ikut."

xx

Zelia menyinsing lengan bajunya. Senduk yang dipegang, digunakan untuk memasukkan lauk ke dalam mangkuk.

"Tak sangka bakal isteri I ni pandai masak." Emir yang menopang dagu di atas meja dapur itu dijeling.

"Pergilah depan Emir. Serabutlah. Dani tu elok je duduk depan tengok tv. Tadi Abang Han ajak keluar mengada tak nak pergi." Bebel Zelia sambil memadam api dapur gas. Kuali yang sudah licin itu dimasukkan ke dalam sinki untuk dicuci.

"Alaa. I nak tengok you. Ada apa-apa nak tolong tak?" Zelia mencampak sudip bersama dengan kuali tadi.

"You ni kan! You je lah masak! Elok-elok mood I nak masak. Sibuk betul lah. Mengganggu ketenteraman orang. You duduk sini sorang-sorang." Emir mula kaget. Dia cepat-cepat berdiri.

"Okay, okay. I pergi. You masak. Sorry, sorry." Zelia mula tersenyum melihat Emir yang kelam-kabut keluar dari kawasan dapur.

Puan Suhana dan Puan Nadira yang mendengar meng'hi-five' sesama sendiri. Apabila Emir lalu melepasi mereka, mereka berdua buat-buat sibuk memotong sayur.

"Aku dah kata. Mesti takde problem punya budak dua orang tu." Puan Suhana membisik. Tangan Puan Nadira berada dimulutnya menahan daripada gelak.

"Tak sangkakan. Berbesan juga kau dengan aku." Puan Suhana mengangguk setuju dengan kata-kata Puan Nadira.

Emir yang baru sahaja sampai di ruang tamu duduk bersama Zulhan dan Zafirul yang sedang bermain ps4 bersama Dani.

"Hahaha kena halau dengan Kak Bella." Dani menjelirkan lidah. Emir menolak belakang Dani menggunakan kaki.

"Kurang ajar kau eh."

"Aku dah kata dekat kau, kau taknak dengar. Sibuk nak berkepit dengan adik aku." Zulhan menyerahkan joystick itu kepada Zafirul yang tergelak.

"Biarlah kena marah sekalipun. Asalkan dapat dekat." Emir menjongketkan keningnya berkali-kali.

"Itu dah menggatal dah tu." Dani berkata perlahan. Tapi masih boleh didengari oleh mereka semua.

"Sibuklah Dani ni." Dani mencebik dengan kata-kata Zulhan.

"Nahlah! Taknak bergaul dengan orang tua macam korang semua ni. Nanti dengan Dani sekali jadi macam korang. Pergi dekat Kak Bella lagi bagus." Joystick tadi yang dipegang diserahkan kepada Emir.

"WOI!"

Dani terus melarikan diri apabila mereka bertiga mengeluarkan suara.

Tbc

Wattpad's being a bitch rn. Hm. Anyway, I'm in a good mood. Soooooo, I hope you enjoy.

Do comment and vote!

Dia Untukku √ (C)Where stories live. Discover now