EMIR duduk di atas sofa rumah kawan saaae ibunya. Dani terlebih dahulu sudah mengikut ibunya ke dapur dengan Puan Nadira dan ibunya. Ayahnya pula sudah mengikut Tuan Adnan ke ruang bacaan.
"Aiden eh?" Emir memandang ke arah lelaki yang mungkin sebaya dengan dirinya itu.
"Yupp. Aiden. But I go for Emir now. Aiden sounds too western." Mereka berdua tergelak.
"Takpelah tu. Muka dah western. I'll stick with that. Sebab aku dah ada kawan nama Emir. Kalau kau tak kisah lah." Emir mengangkat bahu.
"I'm fine with both. Kau yang second tu kan? Umm, Zulhan?" Zulhan mengangguk.
"Yup. The one and only." Zulhan duduk di sofa di hadapan Emir.
Mereka berborak bercerita tentang pelbagai perkara sehingga Emir bertanya.
"Mama kata anak Aunty Dira ada tiga orang. Tapi aku nampak kau je?" Emir mencapai air di atas meja kopi.
"Haah memang tiga. Tapi abang dengan adik aku dekat London. Tengah settle hal dekat sana sebab dalam 3 minggu diorang pergi sana adik aku nak belajar. Abang aku pula dia handle company daddy dekat sana." Emir mengangguk faham dengan maklumat yang diberi oleh Zulhan.
"Abang kau nama Zafirul kan? Adik kau Bella. Kan?" Tanya Emir memastikan hal itu.
"Haah abang aku Zafirul. Actually adik aku selalu orang tak panggil Bella pun." Emir mengerut dahi.
"Habis tu panggil apa?"
"Ze-"
"Zulhan! Meh ajak Aiden makan. Lama sangat ni borak sampai lupa mummy nak ajak diorang makan."
Jawapan yang baru hendak dijawab oleh Zulhan itu telah dilupa oleh Emir.
xx
Sebulan berlalu...
EMIR keluar dari keretanya. Kakinya laju menuju ke arah seseorang.
"Nadine, you ada contact Zelia tak?" Emir menahan Nadine yang baru sahaja keluar dari sebuah butik.
"Apa ni Emir? Jumpa I tup tup tanya Zelia. Haritu bukan main tinggalkan I." Nadine meletakkan telefon bimbitnya dalam beg tangannya.
"I tanya you ni. You ada jumpa or contact Zelia tak?" Emir mula geram dengan Nadine. Nadine memutarkan bola matanya.
"Ish. I last jumpa dia masa graduate hari tu. Dia kata dia nak terus sambung Master. Ikut abang dia. You kata apa ha dekat dia sampai dia merajuk dengan I? I baru nak berbaik dengan dia lepas I jealouskan dia haritu." Nadine menyilang tangannya di dada.
"You jealous kan dia?" Nadine menggeleng kepala. Bengap juga si Emir ni.
Sejahat-jahat dia, tidak lah sampai hendak merampas kebahagiaan orang. Lagi-lagi kawan baiknya sendiri. Haritu dia cuma main-main sahaja dengan Zelia. Tetapi melihat Emir yang seperti menunjuk minat ke dirinya, itu yang sehingga dia pergi rumah lelaki itu.
Tetapi baru dia tahu perasaan sebenar Emir kerana ketika dia keluar dengan Emir, mulut lelaki itu tidak habis-habis bertanyakan Zelia. Dia yang sedar mula rasa serba salah dengan Zelia. Gadis itu tidak melakukan apa-apa tetapi berbuat baik terhadap dirinya. Tetapi dia membalas dengan teruk.
"Takkan you tak perasan Emir? She likes you, you idiot!" Nadine mengangkat tangannya geram dengan Emir. Mata Emir membulat.
"Serious? Zel sukakan I?" Nadine memutarkan bola matanya lalu menganggukkan kepala.
"Sebelum you sampai masa nak pergi bengkel tu dia dah siap kata. Maybe dia dah sukakan you. I sengaja je nak kacau dia lepas tu lepak dengan you." Emir meraup muka. Kesal dengan perbuatan dan percakapannya.
"You tahu tak rumah dia dekat mana?" Emir mula tidak tentu arah.
"Eh, you ni. Haritukan you siap hantar dia balik rumah. Takkan you tak tahu? Lagipun you nak buat apa je pergi rumah Zel?" Nadine mengerutkan dahi. Pelik pula si Emir ni. Emir yang gelabah itu menggaru kening.
"Memang I ada hantar dia balik. Tapi sampai company ayah dia je. Sebab Zel selalu balik dengan abang dia. Please, Nadine. I nak jumpa dia." Emir mula merayu.
"I memang takde masalah nak bagi. Tapi kalau I bagi pun, bukannya you dapat jumpa Zel." Emir mengerutkan dahi. Dadanya mula sempit kerana rasa tidak sedap hati.
"Dia dah pergi London last weekend."
Dunia Emir seakan-akan gelap ketika ini.
(++++++)
Thank you for reading!
Thanks to AqisyinCharm_ who has been nothing but sweet. :)
YOU ARE READING
Dia Untukku √ (C)
Short StoryKisah sederhana ringkas mengenai Zelia Irdina Bella dan Aiden Emir Syah. Zelia, seorang gadis yang boleh dikatakan mempunyai segalanya bertemu dengan Aiden. Perkenalan singkat mereka membuat Delia mula suka dengan Aiden. Kemunculan Harry dan Nadine...