ZELIA menopang dagu. Ibunya yang sibuk bercakap dengan pembantunya itu hanya diperhati.
Sudah hampir dua jam dia berada di butik ini untuk menyelesaikan hal perkahwinannya. Mula-mula memang dia berkeras tidak mahu pergi. Tetapi selepas diugut oleh abang-abangnya, dia beralah.
Sejujurnya, memang dia rasa seperti hendak menangis. Terasa seperti dirinya diperjudikan. Semuanya berpunca dari Emir. Lelaki yang kononnya dia cinta dalam masa singkat itu.
Entah apa yang terjadi pada lelaki itu sekarang pun dia tidak tahu. Semenjak dia bertunang, satu pesanan atau panggilan dari lelaki itu langsung tidak muncul.
Yang lagi dia geram sekarang ini, apabila dia tanya tentang bakal suaminya kepada keluarganya, dia rasa seperti mereka cuba mengelak soalan itu.
'Alah, jangan risaulah Zel. Aiden tu handsome gila. Zel mesti suka.' Ini kata Zulhan.
'Zel tanyalah Han. Abang Zaf jumpa dia sekali je. Han yang selalu lepak dengan Aiden tu.' Ini pula apa yang Zafirul kata.
'Zel tengoklah nanti.' Ini dia sakit hati sikit. Ayahnya memang tidak pernah serius.
'Zel tak percaya dekat mummy ke sayang?' Ini yang paling dia lemah sekali. Buat dia rasa serba salah.
"Zelia. Jom? Kita pergi jumpa Aunty Hana." Zelia mengangguk. Kunci kereta dan beg tangannya diambil.
Pintu kereta ditutup. Ibunya yang sedang memakai tali pinggang keselamatan dilihat.
"Mummy tak rasa macam cepat sangat ke nak prepare semua ni? Ada lagi sebulan kut." Butang untuk menghidupkan enjin kereta ditekan.
"Sayang, kalau di ikutkan 3 bulan sebelum kahwin dah boleh buat preparation. Ni kira lambat tau. Nanti mana tahu kalau ada problen ke. Time tulah kita nak selesaikan." Zelia mencebik. Pedal minyak ditekan meluncur keluar dari kawasan kedai tersebut.
"Anak kawan mama tulah. Tak sabar sangat. Tunggulah sikit." Ibu Zelia tergelak.
"Anak kawan mama tulah bakal suami Zelia. Lagipun umur dia dah 29 tahun dah. Dia malas nak tunggu lagi." Zelia menggigit bibir. Dia memberhentikan kereta. Butang ditekan untuk mematikan enjin.
Zelia membalas lambaian Puan Suhana yang dituju ke arah dirinya dan ibunya itu. Lengan ibunya dipeluk kerana ingin berjalan seiringan.
"Macam mana? Dah selesai semua?" Zelia bersalaman lalu mencium kedua pipi Puan Suhana.
"Dah. Semua dah selesai dah. Tinggal barang hantaran je. Nanti biar diorang dua orang uruskanlah." Zelia hanya memerhati ibunya dan bakal ibu mertuanya yang berborak macam remaja itu.
"Kau sorang je ke?" Puan Suhana menggeleng. Cawan yang berisi air itu diletak.
"Datang dengan Aiden and Dani. Dani sibuk suruh Aiden teman survey laptop baru. Ha tu diorang." Zelia hanya mendengar perbualan mereka.
Telefonnya dibelek supaya kelihatan sibuk. Suara lelaki bercakap boleh didengar tetapi cuba dihirau. Puan Suhana dan ibunya yang tiba-tiba bangun dipandang.
"Zelia duduk sini kejap. Aunty dengan mummy nak pergi butik kawan kitorang dekat tingkat atas. Dani jom." Mereka berdua berlalu. Sempat Puan Suhana menggapai tangan Dani yang bising taknak pergi itu.
"ALA MAMA! AUNTY! DANI NAK JUMPA KAK BELLA!" Puan Suhana mencepuk bahu Dani.
Zelia yang tidak tahu hendak buat apa cuma duduk mengeras dikerusi. Lelaki yang dikenali sebagai Aiden itu duduk dihadapannya.
"Takkan diam je? Taknak sambut ke bakal suami awak ni?" Mata Zelia membulat. Kepalanya cepat memandang ke arah lelaki dihadapannya.
"YOU!" Zelia rasa seperti hendak pitam sekarang ini.
Emir dihadapan menopang dagu menggunakan kedua-dua tangannya. Keningnya diangkat berkali-kali.
Tbc
HELLOOOOOOO GUYS! I changed my cover! Thank you XiJiaa ! Love you lalink. Happy belated birthday gurl!
I'm dedicating this chapter to AimanAleya
Thank you for voting, dear.
YOU ARE READING
Dia Untukku √ (C)
Short StoryKisah sederhana ringkas mengenai Zelia Irdina Bella dan Aiden Emir Syah. Zelia, seorang gadis yang boleh dikatakan mempunyai segalanya bertemu dengan Aiden. Perkenalan singkat mereka membuat Delia mula suka dengan Aiden. Kemunculan Harry dan Nadine...