ZELIA menopang dagu. Pensyarah dihadapannya ini membosankan dirinya. Nadine yang dari tadi memanggil dirinya dihiraukan.
Telefonnya di keluarkan. Pesanan Whatsapp dari Emir dibuka. Bibirnya menguntum senyuman. Lelaki ini memang tahu untuk mengambil hati wanita. Jarinya bergerak laju membalas pesanan lelaki itu.
Zelia melihat sekeliling. Baru sedar yang kelas sudah mula bersurai. Nadine dihadapannya dipandang.
"Zel, you kenapa? I banyak kali panggil you. Sorry lah pasal haritu. Seriously, I lupa yang I dah pesan nak tumpang you." Zelia hanya mengangkat bahu.
"It's okay. Tu bukan kali pertama you buat I macam tu. Okaylah I gerak dulu." Zelia mula bangun dari tempat duduknya.
"I nak tumpang boleh?" Nadine memegang lengan Zelia.
"Umm, I naik dengan kawan I. Nak ambil kereta dekat bengkel." Nadine mencebik.
"Alaa. Habis tu I nak tumpang siapa?" Nadine menggoyangkan tangan Zelia.
"You call lah kawan you yang selalu hantar you balik tu. Serious I nak cepat. Kawan I lepas ni ada hal. Look, he's calling me." Zelia menunjuk telefonnya ke arah Nadine.
"He? Handsome tak? I nak ikut boleh tak?" Nadine menarik Zelia yang baru sahaja untuk berlalu pergi.
"Nadine! I don't have enough time for this. Please, I nak cepat." Zelia cuba menarik tangannya dari pegangan Nadine tetapi gagal.
"Nope. You kena bawa I. I nak tengok siapa the-so-called-Emir ni." Zelia mengeluh lalu hanya mengangguk.
x
Zelia hanya duduk diam di tempat duduk belakang kereta Emir. Nadine dan Emir yang dari tadi berborak itu menyakitkan hatinya. Menyesal dia bersetuju untuk membawa Nadine.
Nadine bukannya tidak faham lagi yang dia menyukai Emir. Sebelum Emir sampai lagi dia sudah memberitahu Nadine. Mula-mula memang Nadine mengangguk. Tetapi selepas melihat Emir, dia terus tunjuk belang.
Zelia orang pertama yang keluar dari kereta setelah sampai di bengkel. Dia membuka pintu tempat pemandu untuk bercakap dengan Emir.
"Thanks, Emir. You dah boleh balik kut. Nanti apa-apa chat I. Nadine, jom?" Zelia memberi isyarat ke arah Nadine.
"Alaa, Zel. I nak lepak dengan Emir. Emir, you hantar I balik eh?" Hati Zelia rasa seperti dipicit sekarang ini dengan kata-kata Nadine.
"Umm, okay. You nak ikut tak Zelia?" Baru sahaja Zelia hendak buka mulut Nadine terlebih dahulu memotong.
"Zelia, you kata you ada hal kan tadi?" Zelia mengetap gigi lalu mengangguk. Dia berlalu pergi dari situ untuk menyelesaikan masalahnya.
"Hai, Bob! Assalamualaikum." Zelia melambai tangan melihat pomen dihadapannya yang telah dia jumpa beberapa hari lalu.
"Eh! Zelia. Ha, nak ambil kereta eh? Jap eh." Zelia hanya mengangguk sambil tersenyum manis.
Emir di dalam kereta melihat perilaku Zelia. Rasa serba salah pula.
"Emir, jomlah. Zel boleh handle lah tu." Emir dengan teragak-agak mengangguk.
x
Zelia menghempas begnya di atas katilnya. Perasaan dia bercampur baur sekarang ini. Marah, geram, sakit hati, nak menangis, semua ada.
Telefonnya mula berbunyi. Nombor tidak dikenali menelefon dirinya. Zelia mengangkat panggilan tersebut. Telefon dilekapkan ditelinga.
"Hello?"
"Hai, Zelia." Zelia mengerut dahi.
"Sir Harry ke ni?" Zelia memutarkan bola matanya apabila mendengar lelaki itu tergelak.
"I baru cakap 'Hai, Zelia' you dah tahu I siapa." Zelia tersengih dengan kata-kata Harry yang fasih berbahasa Melayu tanpa sebarang pelat itu.
"Kenapa Sir call ya?"
"Just drop the 'Sir' please. I'm not your teacher anymore. I cuma nak ajak you datang rumah I weekend ni. Mummy ada buat makan-makan sikit. And don't worry. Pembantu rumah yang masak. Halal." Zelia tersenyum manis mendengar pelawaan Harry yang ramah itu.
"I tak tahu rumah you." Zelia melabuhkan punggung di atas katil.
"Nanti I ambil you. Tak pun I call Emir. Nak tak?" Hati Zelia berdegup mendengar nama Emir.
"You ambil boleh tak? Nanti I text address I." Rambutnya yang terlepas itu dipintal.
"Actually, apa kata kita jumpa? Sekarang? I ambil you." Zelia mengerutkan dahi.
"Why so sudden?" Zelia mula rasa tidak sedap hati.
"Eh, bukan macam tu. You jangan fikir bukan-bukan pula. I on the way nak balik. Mummy pun takde rumah that's why I ajak you keluar. Teman I makan?" Zelia tergelak mendengar penjelasan Harry.
"Sorry. I ada terpesong fikir benda lain pasal you. I'll text you the address." Harry juga turut ketawa.
"Okay. Bye, Zelia. Jumpa kejap lagi."
Zelia berdiri mahu bersiap setelah menghantar pesanan kepada Harry. Dia seperti hendak gelak sekarang ini. Terasa macam baru semalam Harry, pensyarah yang terkenal dengan sifat gila-gila nya itu mengajar dirinya.
Dia mengetuk pintu bilik ibu bapanya. Apabila mendengar suara ayahnya, dia masuk.
"Ni pakai cantik-cantik nak pergi mana?" Zelia tersengih dengan kata-kata ibunya.
"Ni yang Zel nak bagitahu Mummy ni. Zel nak keluar makan dengan kawan." Zelia duduk di hujung katil ibu bapanya.
Memang nampak tidak elok untuk anak-anak masuk ke dalam bilik ibu bapa. Seperti mengganggu privasi. Tetapi tidak kepada mereka. Memang ibu bapanya tidak kisah.
Encik Adnan memandang Zelia.
"Lelaki ke perempuan? Dah pandai anak daddy ni." Zelia mencebik.
"Daddy ni. Dia pensyarah Zel dulu. Boleh ke tak ni? Zel nak minta izin." Encik Adnan tergelak melihat anak bongsunya yang seorang ini.
"Zelia dah 22 tahun dah sayang. Nak juga berkepit dengan mummy and daddy. Manja ya amat." Zelia memutarkan bola matanya.
"Whatever. Bye." Zelia mendekati ibu dan ayahnya dan menghadiahkan ciuman ke pipi mereka.
"Take care, honey." Zelia melambai tangan membalas kata-kata ibunya.
(++++++)
YOU ARE READING
Dia Untukku √ (C)
Short StoryKisah sederhana ringkas mengenai Zelia Irdina Bella dan Aiden Emir Syah. Zelia, seorang gadis yang boleh dikatakan mempunyai segalanya bertemu dengan Aiden. Perkenalan singkat mereka membuat Delia mula suka dengan Aiden. Kemunculan Harry dan Nadine...