Selamat Ulang Tahun,
Aku minta maaf kerana masih belum fasih,
Bertutur bahasa hati,
Aku minta maaf kerana masih belum mahir,
Dalam menyusun ritma kerinduan,
Aku minta maaf kerana masih gugup,
Gementar jari menyusun setiap bongkah penghidupan dalam kegelapan, berjatuhanlah semuanya. Kali ini, aku ingin pulang ke pluto, lagi jauh dari bumi dan bulan. Jika kau sudi, kirimkan aku sepotong puisi, selimut dan sejangkir kopi. Aku merindui semuanya. Kelopak matamu, senyummu, bau rambutmu, dalam benci dan putus asa, aku masih pentingkan diri sendiri, memikirkan dirimu yang juga sebahagian daripada diriku.