30: Pernah mati

93 10 4
                                    

Aku potong beberapa helai kepingan langit yang berbintang, untuk aku tuliskan apa yang pernah dan sudah aku simpan. Tapi aku rasa masih belum cukup untuk menampung seluruh beban yang aku pikul. Dakwatnya seluas lautan. Aku menulis lalu mati.

Aku pernah mengutip diri aku dalam rumah aku sendiri, aku tutup tingkap tanpa membiarkan sedikit cahaya yang cuba memasuki liku kegelapan, serpihan jiwa yang tajam. Jari-jemari ku luka. Lemas dan tenggelam dalam darah sendiri. Aku mati sekali lagi.

Aku berjanji, tidak akan membenarkan mana-mana jiwa merasa mati. Dan akhirnya yang mati berkali-kali itu, aku. Aku pinjamkan sayap ku yang aku tenun kerana luka dan patah, beratus jahitan, aku angkat dan bawa terbang pada mereka yang kepatahan sayap, akhirnya yang kembali patah sayap itu aku.

Apa kini kalian mengerti?
Kenapa aku memilih untuk berteriak dalam diam dan sunyi? Erti mati berkali-kali. Memilih untuk hidup lagi, sedangkan pada hujungnya. Mati.

Epilog SepiWhere stories live. Discover now