Aku akui menjadi wanita itu tidak mudah. Kerana aku melihat sendiri bagaimana sosok wanita itu bekerja keras. Namun, disebalik laki-laki yang tersenyum gembira itu sebenarnya menyimpan banyak kesedihan dan menangisnya itu tersembunyi.
Misalnya, seorang lelaki yang baru sahaja menghabiskan kehidupan akademiknya untuk segulung ijazah dan masih menunggu pekerjaan yang tetap. Mungkin kerana kehidupannya yang terlalu selesa dan bermain-main menjadikan dia mensia-siakan nasibnya pada segulung ijazah dengan keputusan yang tidak mendatangkan hasil yang baik.
Hari ini, dia bertarung di luar zon selesa. Laki-laki di luar sana bertarung di luar zon selesa. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang agar senjanya nanti membawa pulang rezeki buat keluarga. Ayah dan bonda barangkali juga untuk isteri dan anak-anak yang tercinta. Mungkin saja buat bakal ibu kepada anak-anaknya.
Moga di sebalik laki-laki selepas ini, dinaungi dengan doa-doa aku dan juga kalian. Amin.
ANDA SEDANG MEMBACA
Epilog Sepi
RandomHimpunan penulisan buat aku dan kau untuk terus hidup ke depan.
