32: Egoisma

78 7 1
                                        

Aku seorang laki-laki yang cuba mencari bayang-bayang egois seawal  1.06 pagi. Ternyata sifat egois itu bersembunyi dalam kamar bilik . Kemudian aku cuba memasang lampu mencarinya membuta tuli. Rupanya, tanpa aku sedari egois itu memeluk cahaya menerangi bilik, bersembunyi pula ia dibalik cahaya. Seakan anak-anak kecil riang. Lalu aku menyapa dan berbisik lembut,

"Besar nanti, engkau perlu tahu bahawa kehadiranmu akan memberi kesan pada setiap fizikal yang membawa akal dan nyawa. Mereka kau kenali sebagai manusia. Selamat malam egois, esok lusa sesudah dewasa, manfaatkan dirimu untuk perkara yang penting, rendahkan dirimu bila bertemu dengan, cinta."

Epilog SepiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang