Untuk lelaki yang merasa tiada rupa. Kita.
Kita cukup bersyukur jika ada insan memandang lihat kita sungguh hanya 5 saat.
Walaupun kemudian kita tidak dipandang lihat kerana kita bukan laki-laki punya paras rupa.Kita dicipta bukan untuk ditenung puja. Tempat kita bukan di sana. Jika ada bibit iri hati mahu cemburu, simpan saja. Kerana kita tetap kita.
Bersyukur dengan apa Tuhan beri kerana bukan rezeki orang-orang menjadi rezeki kita. Lagi beruntung jika ada masih melihat engkau tanpa melihat lainnya. Hanya engkau dipandang. Ini lazimnya jarang kau jumpa, jika kau punya, kau simpan dirinya sekuat yang engkau punya ada.
Jangan kau balas dengan menikam dirinya dari belakang dengan kecurangan. Kau peluk dakap jasadnya dengan kesetiaan.
Para dahulu dulu sering berkata bukan paras menjadi ukuran, namun orang baharu baru lazimnya, paras wajah juga akan dipilih lihat. Jadi untuk orang-orang seperti kita, jangan dibuang satu-satunya kita ada. Jiwa kita. Jadilah orang yang baik-baik. Sekurang-kurangnya punya nilai sedikit.
"Perangainya macam bangsat, tapi dia punya wajah, kacak. tidak mengapa, kita doakan dia berubah nanti, angkuh dia tetap berkarisma"
Bezanya,
"Sudahlah muka bajingan, perangai pula celaka"
Nampak? :)
Sedangkan abjad sendiri sudah berat sebelah. Setiap patah perkataan sendiri tidak memihak kita. Kita hanya mendapat ayat yang ringkas dan caci maki herdik itu doa untuk kita.
Doakan kita semua menjadi manusia yang baik-baik. Biarkan doa menutup ketidaksempurnaan kita dengan Asmaa-Nya.
Bismillah, Ayuh terbang.