Pagi ini aku terpanggil untuk menulis kerana pagi ini rasanya sedikit sepi. Cukup sunyi untuk membisukan lagi sunyi yang ada.
Aku tahu ramai antara kita setiap pagi hingga ke senja bertarung nyawa membanting tulang untuk mencari erti dalam hidup. Tipikal manusia melabel seorang laki-laki atau perempuan yang bertahan untuk cinta itu suatu yang klise. Bagi aku itu juga perjuangan.
Cinta itu bukan sekadar perkataan dan bait indah. Kerana cinta juga punya sisi cacat cela.
Kerana cinta bukan sekadar memberi. Tetapi saling menerima baik dan cela seorang insan tanpa perlu ada insan yang lain. Pendek kata ketidaksempurnaan itu menjadikannya sempurna.Jangan kerana kisah lalu kau memutuskan untuk membenci. Kerana aku pernah membenci dan kerana dendam akan terencat perkembangan. Menjadi lebih matang dalam setiap sisi keputusan. Paling sukar memaafkan dan memberanikan diri dari ketakutan lampau. 'Philophobia'. Kita memerlukan cinta untuk melakukan perkara-perkara yang membuatkan kita berada di luar zon selesa. Seperti kau dan aku berusaha mendapatkan pekerjaan untuk membantu ibu dan ayah, serta insan yang kau ingin miliki. Untuk itu kau perlukan cinta. Moga Tuhan merahmati kita.
YOU ARE READING
Epilog Sepi
DiversosHimpunan penulisan buat aku dan kau untuk terus hidup ke depan.