29: Disember Juga Menangis

95 11 2
                                    

Pagi menutup mulutnya,
Tidak ingin seisi dunia mendengar tangisnya.
Kau berada dalam bilik gelap, berkurung meratap sepi, murung. Akhirnya kau dan pagi tiada bezanya, menangis.

Beginilah perihal ikhlas,
Beginilah perihal rindu,
Beginilah perihal menjadi kuat.

Kita risikokan diri kita yang tiada apa,
Kepada manusia yang punya segalanya,
Kita hanya biasa-biasa.

Dan orang biasa-biasa seperti kita,
Selamanya biasa,
Disember juga menangis.

Epilog SepiWhere stories live. Discover now