20: Agape

94 9 0
                                    

Di pinggir laut ini,
Aku duduk dan ingin pulang ke senja,
Sambil memandang kota raya yang membangun.

Hanya pada senja,
Mentari berpindah ke dalam matamu,
Menjadi sinar bulan dan bintang-bintang pula pada alismu.

Di antara separuh lautan yang dingin dan separuh lagi pada langit yang suam, di antara itu ada rindu yang memenuhi kekosongan dunia.

Aku tetap membiarkan dunia kosong,
Kerana aku berusaha untuk memenuhi hatimu. Jujur dan ikhlas yang begitu luas. Ruang tanpa jurang yang aku terima. Aku beruntung.

Epilog SepiWhere stories live. Discover now