Aku tidak pernah risau jika ratusan rangka cuba memisah bolak balikkan, mencerai beraikan, memburuk busukkan aku. Ya, rangka kerana jika aku katakan manusia pasti mereka punya jiwa.
Kerana aku percaya kita telah banyak melalui jerih payah, suka duka, tawa mesra bersama. Kita tidak perlu dirai oleh sesiapa. Cukup kita. Tidak perlu dipandang dengar cerita dan suara rangka-rangka hidup. Biarkan momokan itu kembali kepada mereka.
"Jauh yang aku bimbang, bukan jauh merentas 7 benua, mahupun terbang ke bulan, tapi jauh bila setiap sudut dan sisi aku dan engkau, yang ada cuma rindu kita berdua tanpa wujud jasad bersama"
Seperti selepas berbual berdua, 2 saat kemudian engkau hilang. Jauh seperti itu.