My first story, YEAH!!!!
Hope you can try to give it a shot, pretty please...
xD Enjoy!
________"Oh dear, you dah bangun pun!" Jerit Elle apabila mendapati kawan baiknya sudah tersedar dari tidur yang panjang. Elle bergerak mendapatkan sahabatnya yang terlantar diatas katil.
Dia yang tadinya sedang berbual dengan Darryn terkejut apabila tangan Emily mula bergerak-gerak. Walaupun gerakan tangan yang dilihat itu hanya sekejap sahaja tetapi dia sangat pasti Emily akan sedar semula tidak lama lagi.
Dari petang tadi dia menunggu sahabatnya itu membuka mata itupun setelah cukup setahun masa yang dianggarkan untuk Emily sedar. Akhirnya setelah lama menunggu dan matahari pun sudah terbenam kearah barat barulah dia dapat melihat sepasang mata bulat itu kembali terbuka semula.
Emily terpisat-pisat membuka mata. Keadaan sekeliling baginya sungguh kabur dan samar-samar menyebabkan dia tidak boleh melihat dengan jelas. Hanya telinganya sahaja yang mampu mendengar suara seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berbual-bual itupun tidak berapa jelas hanya sayup-sayup saja.
"I got to go now. Jaga dia baik-baik, jangan sampai ada perkara pelik yang berlaku disebabkan Elle yang jaga dia." Pesan lelaki tersebut.
"I know, macamlah Elle ni jahat sangat nak ajar dia perkara yang pelik-pelik, lagipun dia tetap kawan baik Elle mestilah Elle akan jaga dia baik-baik."
Elle memandang riak wajah abangnya yang sentiasa tenang itu. Setenang mana pun riak wajah yang di pamerkan tetapi dia tahu hati abangnya yang seorang itu sangat bimbang akan keadaan Emily.
"It's okay, Abang Raf pergilah balik sana dulu nanti kalau pihak disiplin tahu, automatik rekod Abang Raf jadi buruk. Dah shuh shuh." Halau Elle lembut supaya Darryn kembali semula ke sekolah.
Darryn memandang wajah gadis yang terlantar di katil itu sebelum memandang semula wajah adiknya."Halau abang sendiri macam halau haiwan je." Darryn mengumam kecil dan mendekatkan diri kearah Elle dan mencium dahi adiknya.
"Memang pun. Apa-apa pun take care okay." Ucap Elle sebelum abangnya itu bergerak ke balkoni tingkat tiga itu.
Darryn menoleh memandang Emily untuk kesekian kalinya sebelum hilang dari balkoni, Elle mengalihkan semula pandangannya kearah rakan baiknya yang berada di atas katil saiz king diseleputi cadar yang berwarna violet. Dia bergerak menuju kearah gadis itu.
"Dekat ma...mana sa...ya se...karang?" Tekaknya yang dahaga dan kering menyukarkan dia untuk berkata dengan jelas.
Elle yang melihat keadaan Emily sukar untuk berkata-kata segera mengambil jug yang berisi air sejuk di meja kecil lalu menuangnya ke dalam gelas kosong dan menyuakan gelas berisi air itu ke bibir Emily. Emily meneguk air sejuk itu dengan rakus sehinggakan cawan yang dipenuhi air itu kosong tidak sampai beberapa saat. Elle mengambil dan meletakkan semula cawan kosong itu di meja kecil tadi.
"Jangan risau, you selamat tinggal di sini." Balas Elle untuk menenangkan hati sahabatnya itu. Dia kemudiannya membantu Emily bangun dari pembaringan dan meletakkan bantal di belakang Emily supaya Emily lebih selesa untuk bersandar.
Elle melambai-lambaikan tangannya dihadapan Emily tetapi tiada respon yang diterima dari gadis itu. Seperti yang dijangkakan, Emily sukar untuk melihat dan mendengar bicaranya untuk sementara waktu akibat daripada kesan sampingan yang dialaminya.
"Now cuba you tutup mata perlahan-lahan then bila I suruh you buka, baru you boleh buka mata okey." Emily masih mendiamkan diri tetapi akur dengan apa yang dikatakan oleh Elle walaupun agak sayup-sayup suara yang didengari.
Walaupun Emily tidak mengenali gadis dihadapannya itu tetapi dia tahu gadis itu baik. Dia menutup mata perlahan. Selepas beberapa saat dia terdengar suara Elle menyuruh dia membuka mata semula. Emily mengkelip-kelipkan matanya beberapa kali dan akhirnya barulah dia dapat melihat keadaan sekeliling dengan jelas.