Bab 11

1.3K 57 1
                                        

Selepas menukar pakaian tidur, Emily merehatkan diri di atas katil lamanya iaitu di Vila Roselia. Kakinya yang masih bengkak dan patah sudah dibersihkan dan dibalut dengan kain pembalut oleh pembantu rumah di vila ini. Siapa lagi kalau bukan pakcik yang menyeramkan itu.

Pakcik itu kata kaki yang patah ini tidak memerlukan simen untuk memulihkan tulangnya semula, lebih cepat pulih jika diurut dan dibetulkan tulangnya itu. Memanglah sakit sewaktu diurut tetapi selepas saja diurut kesakitan itu semakin reda dan kakinya tidak sakit seperti tadi apabila digerakkan.

Pelik betullah dengan pak cik tu. Semua benda dia pandai buat, kerja menjaga vila dia boleh buat bahkan kerja sebagai tukang urut pun dia tahu. Hebat betul.

Apa yang aku tahu, Raf sepertinya sedang marah dan tertekan. Sewaktu pulang ke vila Roselia pun, keadaan di dalam kereta hanya ditemani kesunyian malah wajah Raf yang Emily dapat lihat pada waktu itu sangat dingin. Tiada siapa yang mahu berbicara termasuklah dia sendiri. Cuma apa yang membuatkan aku tidak selesa ialah persekitaran kereta yang agak tegang dengan perasaan yang tidak tenteram.

Pintu bilik Emily diketuk dan dibuka dari luar. Raf masuk ke dalam dan menutup semula pintu tersebut. Riak pada wajah Raf yang terpamer sekarang ini hanyalah riak simpati.

"You should rest Emi." Kata Raf bimbang. Dia risau melihat gadis yang disayanginya itu terus menerus diancam bahaya walaupun keadaannya sudah tidak sepertI dahulu lagi.

"No! We need to talk." Balas Emily degil. Dia bangun dan duduk di birai katil sambil memandang Raf.

Rehat itu bila-bila boleh tetapi perkara yang bermain difikirannya itu harus diselesaikan segera. Sejak dari tadi dia mahu bertanya tetapi memandangkan semua orang masih dalam mood senyap, terpaksalah dia pun senyap juga. Mungkin masih ada perkara lain lagi yang belum diketahuinya dan tidak diberitahu oleh Elle sewaktu dia baru sedar. Dia perlu tahu segalanya.

Raf datang mendekati Emily dan memeluk kepala Emily. "Degil." Katanya lembut sambil mengusap rambut gadis itu.

Emily terpanar dengan tindakan Raf. Sepertinya lelaki itu cuba untuk menasihati budak kecil yang tidak mahu mendengar kata. Dia kembali diam semula, wajahnya yang putih juga mulai sedikit kemerah-merahan. Dia merasa senang dengan tindakan Raf sebegitu, sudah lama rasanya Emily tidak merasakan tindakan yang dapat menenangkan hatinya seperti ini.

Dia menutup mata. Rasa damai sekali apabila bersama Raf tetapi tidak pula jantungnya berdegup laju seperti mereka sedang bercinta, ia hanya berdegup seperti biasa. Adakah benar aku bersama dengan Raf sebelum aku koma? Dan betulkah Raf pernah cium aku? Wajah Emily bertambah hangat dan merah apabila terfikirkan tentang perkara itu.

"Keadaan awak masih kurang stabil lebih-lebih lagi awak mesti trauma dengan apa yang terjadi tadi." Nasihat Raf dengan lembut.

Kata-kata Raf telah merosakan perasaan yang dirasakan oleh Emily. Sebut sahaja tentang kejadian tadi air mata Emily mulai bertakung di mata. Dia teringat akan apa yang berlaku di depan matanya tadi. Sungguh dia tak sangka, perkara menakutkan sebegitu boleh terjadi pada diri dan orang di sekelilingnya.

"Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa lelaki tadi? Bukan ke dia manusia kenapa dia ada taring? Jawab Raf kenapa lelaki tu pelik sangat, apa yang dia nak pada saya sampai dia nak culik saya? Dan...dan kenapa kepala dia berdarah banyak sangat sampai menitik-nitik darahnya tapi dia masih boleh hidup lagi? Dia mati tapi badan dia jadi abu tiba-tiba. " Soal Emily bertubi-tubi.

Raf melihat tepat pada mata gadis itu. Apa yang dapat dia perasan ialah sinar di mata gadis itu sudah tiada. Raf menutup matanya sebelum membuka semula dan tersenyum kecil memandang Emily.

"Fikiran awak masih bercelaru tu, ikut nasihat saya. Rehat ok. Esok saya akan cerita semuanya, saya janji apa saja yang Emi nak tahu, Raf akan ceritakan tanpa selindung lagi." Dia mengesat sisa-sisa air mata yang mengalir di pipi Emily.

Kekasihku VampireTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang